Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Range Rover Sport Urban XRS Widetrack Urban 2025 – SUV Mewah MHEV V8 4.4L
Bikin Auto

#BikinAuto: Range Rover Sport Urban XRS Widetrack Urban 2025 – SUV Mewah MHEV V8 4.4L

Abang HirataBy Abang Hirata15/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025
KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) antara ‘permainan’ orang kaya, dan kelibat Range Rover dengan rim besar dan badan profil rendah adalah perkara biasa.

Syarikat modifikasi juga galak dengan produk masing-masing seperti Urban Automotive dari Britain dan projek terbaharu syarikat itu ialah Range Rover Sport Urban XRS (Extreme Road Series) Widetrack 2025 yang tampil di acara Goodwood Festival of Speed. Model tersebut ialah SUV prestasi tinggi versi dipertingkat.

Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025
Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025

Prestasi dan Rekaan

Model itu berasaskan Range Rover Sport SV, yang dijana enjin petrol hibrid ringan (MHEV) V8 4.4L dengan output kuasa 635hp, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 3.7 saat!

Sebagai versi Urban XRS Widetrack, Range Rover Sport itu menampilkan rim aloi hitam tempa Urban UF-X yang dipadankan tayar Yokohama Advan Sport, dan grafik XRS rekaan khas.

Perubahan Luaran dan Dalaman

Logo Urban Automotive

Penggayaan luaran XRS Widetrack direka semula dengan bonet gentian karbon gantian dan aksen karbon terdedah berserta ‘power dome’ (seksyen tengah bonet yang sedikit tinggi), bersama fender Widetrack sama warna badan, sekali gus menyerlahkan penampilan lebih agresif berbanding Range Rover Sport SV standard.

Model tersebut dilengkapi bampar depan gentian karbon gantian yang direka semula dengan gril XRS cetakan 3D dan tindanan gril atas gentian karbon terdedah. Spliter lima bahagian lebih agresif dengan kanard XRS turut disertakan.

Peningkatan luaran lain ialah gentian karbon terdedah pada skirt sisi, cermin sisi dan kemasan sisi dengan ikon Urban.

Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025

Bahagian belakang dipasang spoiler warna badan dan bampar gantian dengan difuser baharu dan kemasan ekzos yang keluar dari tengah. Selain tulisan premium pada but dan bonet, logo ikon Urban dipaparkan di belakang.

Kerusi depan Recaro bersandarkan gentian karbon, bersama stereng bawah rata dengan kesan karbon visual, melengkapi peningkatan dalaman Urban. Logo XRS turut terdapat pada papan pemuka.

Spesifikasi Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025

Luaran

Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025
Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025
  • Fender lebar Widetrack berwarna badan
  • Bonet gentian karbon dengan aksen gentian karbon terdedah dan power dome XRS
  • Bampar depan gentian karbon dengan gril XRS cetakan 3D, aksen gentian karbon terdedah, spliter lima bahagian dan kanard XRS
  • Tindanan gril atas gentian karbon terdedah dan cermin sisi
  • Kemasan sisi gentian karbon terdedah dengan ikon Urban
  • Set skirt sisi gentian karbon terdedah
  • Bampar belakang gentian karbon gantian dengan difuser rekaan baharu dan kemasan ekzos tengah XRS
  • Grafik Urban XRS dan ikon Urban di belakang, bersama huruf premium pada but dan bonet.

Dalaman

  • Kerusi depan sport Recaro dengan sandaran gentian karbon dan logo XRS
  • Stereng gentian karbon terdedah dengan bawah rata
  • Logo XRS pada papan pemuka

Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025 ditawarkan pada harga bermula £199,995 (RM1,147,930).

Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025
Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025
Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025
Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025
Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025
Range Rover Sport Urban XRS Widetrack 2025
Bikin Auto Bikin Kereta Goodwood Festival of Speed Range Rover Range Rover Sport Range Rover Sport Urban XRS Widetrack Roda4 Urban Urban Automotive
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.