Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rai Lima Dekad, Honda Gold Wing 50th Anniversary Tampil Ciri Khas untuk Pasaran AS
Auto Terkini

Rai Lima Dekad, Honda Gold Wing 50th Anniversary Tampil Ciri Khas untuk Pasaran AS

Abang HirataBy Abang Hirata05/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA tampil unggul dengan Gold Wing yang mana sejarah motosikal ini boleh dijejaki seawal 1975. Hitungan pada 2025 menunjukkan sesuatu yang istimewa apabila Honda meraikan ulang tahun ke-50 melalui model 50th Anniversary Gold Wing untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).

Walaupun dikenali sebagai model berkotak, Honda Gold Wing tampil membawa gaya ‘bagger’ yang menyambung legasi model tanpa kotak belakang seperti Valkyrie dan F6B.

Apa menarik tentang Honda Gold Wing 50th Anniversary?:

  • Ditawarkan dalam kotak gear manual atau transmisi dual-klac (DCT) canggih.
  • Varian standard ditawarkan dalam warna Matte Black Metallic (hitam) dan sempena meraikan dekad istimewa tampil dengan beberapa ciri khas seperti grafik Gold Wing yang menonjol pada beg sisi dan fairing.
  • Lencana 50th Anniversary berada di depan pelana dan grafik Since 1975 yang terpapar pada grafik pembukaan meter.
  • Seperti sebelum ini, Gold Wing standard menggunakan visor angin lebih pendek berbanding Gold Wing Tour.
  • Model 2025 turut dilengkapi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles.
  • Diberikan bersama buku mewah (coffee-table book) yang mengandungi sejarah Gold Wing, dan model skala tiga dimensi (3D) 1:12 dalam dua bahagian iaitu model 1975 dan 2025.
  • Bagi Honda Gold Wing Tour, ada tiga warna baharu untuk 2025 iaitu Bourdeaux Red Metallic (merah) dan Eternal Gold (emas) dengan lencana Gold Wing ringkas pada beg sisi dan logo 50th Anniversary di depan pelana.
  • Gold Wing Light Silver Metallic (foto atas) tidak tersenarai dalam model 50th Anniversary dan tanpa ciri khas.

Ciri Baharu Honda Gold Wing 2025

  • Warna baharu untuk semua varian
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles untuk semua varian.
  • Sistem navigasi asal ditiadakan, dan penunggang boleh menggunakan Apple CarPlay atau Android Auto.
  • Grafik Since 1975 pada animasi penghidup meter.
  • Lencana Gold Wing pada beg sisi dan fairing untuk Gold Wing standard.
  • Lencana 50th Anniversary depan pelana, dan kunci pintar (kecuali Gold Wing Light Silver Metallic).
  • Buku mewah, model skala 3D 1:12, model 1975 dan 2025 (Gold Wing warna Eternal Gold, Bourdeaux Red Metallic dan Matte Black Metallic, kecuali Light Silver Metallic).

Spesifikasi Honda Gold Wing 2025

Enjin
  • Enjin 6-silinder bertentangan 4-injap per silinder 1,833cc SOHC Unicam® penyejukan cecair
  • Gerek x Lejang 73.0mm x 73.0mm
  • Nisbah mampatan 10.5:1
  • Sistem bahan api Suntikan bahan api (FI), terotel 50mm dengan Throttle-by-Wire (TBW)
  • Sistem pencucuhan Transistor penuh
  • Sistem penghidup elektrik dengan  sistem generator penghidup bersepadu (Integrated Starter Generator System, ISG)
  • Transmisi:
    • Gold Wing Tour Airbag DCT & Gold Wing Tour DCT Automatik DCT 7-kelajuan dengan Walking Mode F/R (mod gerak depan/belakang)
    • Gold Wing Tour & Gold Wing Manual 6-kelajuan manual dengan gear Reverse (undur)
  • Klac:
    • DCT multiplat basah
    • Manual multiplat basah
  • Pacuan Akhir: Syaf (Shaft)
Suspensi
  • Depan Double-wishbone Showa dengan travel 109mm
  • Belakang Absorber Pro-Link® Showa dengan travel 104mm
Brek
  • Depan Brek cakera kembar 320mm dengan kaliper hidraulik 6-piston Nissin termasuk ABS elektronik
  • Belakang Brek cakera tunggal 316mm dengan kaliper hidraulik 3-piston Nissin, termasuk ABS elektronik
Tayar
  • Depan: 130/70-18
  • Belakang: 200/55-16
Dimensi & Berat
  • Sudut Caster: 30.5º (Tour Airbag DCT, Tour DCT) / 30º (Tour, DCT, Standard)
  • Jejak: 110mm (Tour Airbag DCT, Tour DCT, Standard) / 109mm (Tour, DCT)
  • Panjang: 2,615mm (Tour Airbag DCT, Tour DCT, Tour) / 2,479mm (DCT, Standard)
  • Lebar: 905mm (Tour Airbag DCT, Tour DCT, Tour) / 922mm (DCT, Standard)
  • Tinggi: 1,432mm (penghadang angin rendah) / 1,341mm (DCT, Standard)
  • Jarak roda: 1,699mm
  • Jarak lega bumi: 130mm
  • Kapasiti tangki bahan api: 21 liter (termasuk 3 liter rizab)
  • Berat basah:
    • Gold Wing Tour Airbag DCT: 388kg
    • Gold Wing Tour DCT: 384kg
    • Gold Wing Tour: 383kg
    • Gold Wing DCT: 365kg
    • Gold Wing: 364kg
Warna
  • Gold Wing Tour Airbag DCT: Bourdeaux Red Metallic
  • Gold Wing Tour & Gold Wing Tour DCT: Bourdeaux Red Metallic, Eternal Gold
  • Gold Wing Tour (Standard) & Gold Wing Tour DCT (Standard): Light Silver Metallic
  • Gold Wing & Gold Wing DCT: Matte Black Metallic
Harga
  • 50th Anniversary Gold Wing: $25,200 (RM111,980)
  • 50th Anniversary Gold Wing DCT: $26,200 (RM116,420)
  • 50th Anniversary Gold Wing Tour: $29,200 (RM129,750)
  • 50th Anniversary Gold Wing Tour DCT: $30,200 (RM134,200)
  • 50th Anniversary Gold Wing Tour Airbag DCT: $33,500 (RM148,870)
  • Gold Wing Tour: $28,700 (RM127,540)
  • Gold Wing Tour DCT: $29,700 (RM131,985)
Honda Honda Gold Wing Honda Gold Wing 50th Anniversary roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.