Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quartararo Puji Mental Marquez
Auto Terkini

Quartararo Puji Mental Marquez

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FABIO Quartararo menyatakan kekagumanya dengan kekuatan mental Marc Marquez yang terus berusaha ke tahap maksimum walaupun terlibat dalam beberapa insiden kemalangan dan kecederaan.

Marquez memilih menarik diri dalam aksi GP Jerman hujung minggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan kelima pada sesi Kelayakan di litar sama yang menyebabkan retak jari.

Sepanjang musim ini, pelumba Repsol Honda itu terbabit dalam 12 kemalangan, sama seperti rakan sepasukan Joan Mir dan adiknya, Alex yang berada di tangga teratas pelumba paling banyak terjatuh.

Pelumba dengan nombor 93 itu sudah terlepas tiga daripada tujuh pusingan musim ini akibat kecederaan di Portimao.

Sejak kembali ke litar, Marquez masih mampu menjadi pelumba Repsol Honda terpantas, tetapi terbabas sekali lagi di GP Perancis dan GP Itali ketika cuba mengejar pelumba lain untuk podium, sama seperti apa disaksikan di GP Jerman.

Quartararo berkata;

Memanglah susah untuk dia. Sejak 2020, dia dengan keadaan cedera, ada naik podium dan menang sikit. Tapi bagi aku, dia memang terbaik.

“Dia memang kasi 100 peratus (usaha) setiap masa. Orang sama yang terbabas lima kali hanya kerana nak jadi lebih baik, (atau) cuba nak jadi paling atas?

“Mental dia antara paling kuat kat sini. Satu peluang datang yang kau tau akan cedera, dan dia patah ibu jari pagi tadi, paksa diri sampai tahap maksimum.

“Pelik aku cakap ni, tapi aku ucap terima kasih untuk apa yang dia buat.”

“Motor Honda ini belok lebih baik sikit kalau nak bandingkan kami, tapi kami lebih baik sikit berbanding mereka ketika membrek. Jadi, kami dapat elak sikit kemalangan (untuk pelumba Yamaha), tapi kami juga tersekat setiap masa.”

Quartararo menamatkan aksi Sprint dan GP Jerman di kedudukan ke-13 dengan memilih tetapan tayar belakang jenis lembut. Pelumba Perancis itu juga mengakui penggunaan tayar jenis medium belum tentu membawa perubahan signifikan.

Beliau berkata;

Melihat pada keadaan kami, aku cuba guna tayar soft. Memang silaplah!

“Aku ingat aku perlu lebih banyak grip untuk lap pertama selepas perlumbaan Moto2, tetapi aku sebenarnya tak dapat lebih banyak grip dan tayar melepuh banyak.

“Memang silap buat keputusan dengan pemilihan tayar. Tapi kalau tamat race kat P10 atau P13, itu bukan beza besar pun bagi aku.”

SUMBER: Crash.net

2023 GP Jerman Auto Terkini Fabio Quartararo Marc Marquez MotoGP roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.