Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quartararo Bingung YZR-M1 Susah Nak Kawal, Lega Alex Dapat Pintas Mir
Auto Terkini

Quartararo Bingung YZR-M1 Susah Nak Kawal, Lega Alex Dapat Pintas Mir

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA perlumbaan hujung minggu lalu di GP Aragon, ramai kehairanan melihat aksi ditunjukkan Fabio Quartararo yang bermula garang, tetapi hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan ke-18.

Apakah masalah yang menimpa pelumba Petronas Yamaha SRT itu hingga menyebabkan dia gagal mempertahankan posisi depan? Apakah yang berlaku?

BACA >>> #SembangDeras: Mir Lebih Layak Cabar Kejuaraan MotoGP 2020, Bukan Quartararo?

Ini jawapan diberikan Quartararo;

Aku hadapi masalah teknikal, ada benda pelik pada motor sampai aku tak boleh nak laju, macam daripada tekanan tayar, pelik sampai luar kawalan. Kami sedang siasat kenapa jadi macam tu. Aku yakin ada kelajuan untuk tamat top 5, tapi masalah semalam tak mungkin kami buat.

“Memang awalnya semua normal dan berjalan macam dirancang, sampai lap ketiga situasi berubah. Tiba-tiba motor luar kawalan dan itulah kali pertama aku tak dapat apa-apa. Kami kena cari penyelesaian supaya perlumbaan seterusnya tak berulang.”

Nampaknya, pasukan Yamaha sekarang bergelut mencari punca masalah teknikal yang membelenggu jentera YZR-M1. Adakah berpunca masalah tekanan tayar? Walaupun kecewa dengan keputusan diperoleh, tetapi Quartararo nyata lega kerana Alex Marquez (Repsol Honda) dapat memotong pesaingnya, Joan Mir (Suzuki Ecstar) untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

Tentu saja bagus (Mir dipintas Alex). Fakta Alex melewati garis penamat sebelum Mir juga membantu. Kalau tak, (keadaan) boleh jadi lebih buruk. Semalam perlumbaan yang sukar dan aku pun tak tau kenapa boleh jadi macam tu.”

Quartararo turut menafikan dakwaan yang mengatakan tekanan merebut gelaran juara dunia musim ini membuatkan segalanya kucar-kacir. GP Aragon dikatakan memberikan tekad tambahan buat Yamaha, terutama Quartararo untuk menggagalkan sasaran Suzuki meraih gelaran juara MotoGP.

Mereka (Suzuki) laju, tapi kami boleh lawan mereka. Kami kena perbaiki masalah untuk minggu depan, termasuk Valencia, kami harus cepat. Kami optimis mampu lakukannya.”

Ranking keseluruhan MotoGP 2020 setakat ini menjadi milik Mir yang mengumpul 121 mata, manakala Quartarrao di kedudukan kedua dengan 115 mata. Justeru saingan musim ini kini semakin sengit dan terbuka.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?

2020 MotoGP Auto Terkini bb Fabio Quartararo Joan Mir Petronas Yamahabb SRT roda2 Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.