Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quartararo: Aku Pun Tak Tau Sebab Apa Zip Terbuka
Auto Terkini

Quartararo: Aku Pun Tak Tau Sebab Apa Zip Terbuka

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/06/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Perancis, Fabio Quartararo (Yamaha Monster Energy) menarik perhatian ramai apabila beraksi luar jangkaan di GP Catalunya, semalam apabila dilihat berlumba dengan zip terbuka hingga mendedahkan dadanya. 

Aksi tersebut dirakamkan ketika dia sedang berentap dengan juara Miguel Oliveira (KTM Red Bull) untuk tempat pertama ketika perlumbaan berbaki lima pusingan. Pelumba muda itu juga dilihat membuang pelindung dada yang menjadi punca dia dikenakan penalti tiga saat.

Sebelum itu dia terlebih dahulu dihukum penalti kerana menggunakan laluan pintas (shortcut) pada lap akhir. Ini menjadikan keseluruhan masa ditambah 6 saat hingga mencampakkannya ke tempat ke-6.

BACA >>> Oliveira Julang KTM Juara GP Sepanyol, Quartararo Kena Penalti Sebab Tayang Dada

Apabila ditanya mengenai kejadian zip sut terbuka, Quartararo mendakwa dia sebenarnya tidak tahu punca perkara itu.

Aku pun tak tau apa jadi, tengok-tengok baju aku dah terbuka masa race tinggal lima lap je lagi”

Pengeluar sut, Alpinestars kini sedang menyiasat punca sut Quartararo terbuka. Jika terbukti bukan kesalahannya, adakah tiga saat akan ditolak semula daripada catatan masa keseluruhan pelumba itu?

DAPAT TEMPAT KETIGA, TETAPI…

Dalam aksi semalam, Quartararo sepatutnya menamatkan pusingan dengan meraih podium ketiga, tetapi terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat selepas dikenakan penalti tiga saat kerana mengambil jalan pintas di selekoh pertama lap terakhir.

Kemudian, dia sekali lagi dikenakan tambahan tiga saat, iaitu lima jam selepas perlumbaan tamat kerana berlumba dengan zip terbuka yang membuatkan pelumba Monster Energy Yamaha itu tersungkur ke tempat ke-6. 

Situasi tersebut turut mengundang reaksi bercampur di media sosial, termasuk mendapat perhatian legenda Ducati, Casey Stoner.

Beliau berpendapat, pelumba Yamaha itu patut dikenakan ‘bendera hitam’ (black flag) untuk membatalkan penyertaannya dalam perlumbaan semalam tanpa mengira sama ada zip sut dibuka secara sengaja atau tidak. Bagaimanapun, Quartararo berpendapat isu berkenaan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Whether or not it was @FabioQ20 taking his zipper down on purpose, I believe that should have been a black flag. At this level you can’t be allowed to race at 350km + with your leathers open.

— Casey Stoner (@Official_CS27) June 6, 2021

BACA >>> Rossi: Quartararo yang Buat Yamaha Berbeza
BACA >>> Stoner Sedih Rossi Tak Mengancam Macam Dulu, Ke Petronas SRT Seperti Turun Pangkat
BACA >>> Kenapa Quartararo Kibar Bendera Switzerland di Podium?

SUMBER: Autosport.com

Alpinestars Auto Terkini BMW M2 MotoGP Safety Car Casey Stoner Fabio Quartararo GP Catalunya Monster Energy Yamaha MotoGP 2021
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.