• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / QJMotor aka Benelli Bakal Lancar 2 Model 700cc

QJMotor aka Benelli Bakal Lancar 2 Model 700cc

March 27, 2022 By Wahid Leave a Comment

579
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


QJMotor (juga dikenali sebagai Benelli di Malaysia) bakal melancarkan dua model 700cc, bermula dengan pasaran Eropah.

Pengeluar itu dilaporkan sedang membangunkan dua model enjin dwi-silinder sebaris berkapasiti 693cc yang terdiri daripada model fairing penuh dan naked bike. Trenkuasa pula dikatakan sama dengan enjin digunakan CFMoto CL700X yang berkemungkinan menghasilkan kuasa lebih kurang 76hp.

BACA >>> Benelli TRK 251 (2022) Versi Facelift di Itali Kini dengan Enjin Patuh Euro5, Harga RM17k
BACA >>> Skuter Gaya Vespa, Benelli Panarea 125 Lancar di GIIAS 2021, Harga Mula RM7k!

Bezanya, kali ini mungkin terdapat dua model fairing: satu standard dan satu lagi jenis spesifikasi tinggi. Varian standard dijangka menggunakan fork Marzocchi dengan brek Benelli serta tayar belakang 180mm, manakala varian spesifikasi tinggi menggunakan suspensi Öhlins, brek Brembo dan tayar belakang lebar 190mm.

Selain itu, model standard memiliki berat kira-kira 198kg, manakala berat varian spesifikasi tinggi 193kg.

Model-model sport itu akan disertakan winglet dengan rekabentuk agak mirip Ducati Panigale, atau Honda CBR1000RR Fireblade lalu.

Bagi naked bike, model itu akan menggunakan suspensi Marzocchi, brek Benelli dan tayar belakang 180mm, manakala tangki minyak berkapasiti 15 liter. Tiada berita sama ada dua model tersebut akan menggunakan teknologi daripada penglibatan QJMotor dalam kejuaraan Moto3 dunia.

Adakah peminat Benelli tanah air menunggu ketibaan model ini?

BACA >>> QJMotor Fail Paten Rekabentuk QJ7000D, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi?
BACA >>> QJMOTOR R250 (2021) - Sportbike 250cc Swingarm Sebelah, Harga Cuma RM12k!

SUMBER: MCN

579
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, benelli, QJMotor, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my