Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»QJMotor SRK 600RC (2023) Lancar dengan Komponen Premium, Harga RM39.8k!
Roda2

QJMotor SRK 600RC (2023) Lancar dengan Komponen Premium, Harga RM39.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SPORTBIKE terbaharu QJMotor SRK 600RC (2023) dilancarkan di Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023 sebentar tadi, hadir dalam dua warna pilihan: biru dan hitam mirip seragam pasukan Moto2, QJMotor Gresini.

Sportbike middleweight itu yang diperkenalkan wakil pengedar MForce Bike Holdings (MForce) pada harga jualan RM39,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Model QJMotor SRK600 RC (2023) dipacu enjin 4-silinder 16-injap 600cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI)  berkuasa 80.5hp p@ada 11,000rpm dan tork 51.0Nm @ 10,500rpm, manakala kotak gear klac manual 6-kelajuan.

Berat motosikal 225kg membolehkan penunggang memanfaatkan pengendalian lebih baik atas jalan selain dibantu beberapa komponen prestasi seperti sistem brek cakera 320mm dengan kaliper Brembo 4-piston di depan, dan brek cakera tunggal 260mm diapit kaliper Brembo piston tunggal (belakang). Sistem henti dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Fork terbalik (USD) jenis boleh laras di depan, dan monoshock di belakang, juga boleh laras, yang kedua-dua daripada jenama Marzocchi. Rim aloi 17 inci dibalut tayar Maxxis 120/70 di depan, dan 180/55 (belakang).

Panel meter TFT digital berwarna dengan konsol kawalan sebelah kiri bar hendal. Tambahan lain ialah sistem lampu LED penuh, pelana terpisah, set winglet pada fairing tepi dan kapasiti tangki minyak 16.4 liter.

MForce Bike Holdings (MForce) QJMotor Gresini QJMotor SRK 600RC roda2 Sportbike Middleweight
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.