• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / QJMotor Bakal Lancar Adventure 650 dengan Enjin V-Twin Baharu, Pencabar Suzuki V-Strom!

QJMotor Bakal Lancar Adventure 650 dengan Enjin V-Twin Baharu, Pencabar Suzuki V-Strom!

May 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


QJMOTOR antara pengeluar motosikal yang aktif memperkenalkan dan melancarkan banyak model dalam tempoh singkat. Terbaharu, muncul varian adventure berasaskan trenkuasa V-Twin 650cc.

Model segmen 650cc itu sudah dikesan sejak tahun lalu menerusi dokumen paten yang difailkan Qianjiang, iaitu syarikat induk QJMotor dan Benelli. Ketika itu, belum ada pengesahan model itu akan menggunakan lencana QJMotor atau Benelli.

Kini model pengeluaran akhir sudah tiba dan dokumen kelulusan mendedahkan ia berada di bawah jenama QJMotor.

Bagaimanapun, ia bukan keputusan akhir Benelli tidak akan menawarkan model sama kerana kedua-dua jenama itu saling ada kaitan membabitkan perkongsian casis dan trenkuasa dalam banyak produk dihasilkan. Berikut butiran model motosikal advencer 650cc tersebut:

Suzuki V-Strom 650
  • Ada pilihan rim aloi atau jejari, dan dilengkapi set kotak barang. Ada empat varian ditawarkan.
  • Rim 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang) dengan tayar 110/80R19 di depan dan 150/70R17, belakang. Ini menandakan model ini akan bersaing langsung dengan Suzuki V-Strom 650.
  • Enjin 645cc V-Twin juga membolehkan model ini menjadi pencabar rapat Suzuki. Bagaimanapun, V-Strom cuma menawarkan kuasa 69.7hp, lebih rendah daripada QJMotor (75hp).
  • Dimensi cuma 5mm lebih pendek daripada V-Strom 650 (QJMotor: 2,270mm), dan jarak roda 40mm lebih pendek, 1,520mm (V-Strom: 1,560mm).
  • Lebih berat 6kg, iaitu 219kg berbanding V-Strom 650 (213kg). Berat bertambah 19kg jika memasang kotak barang dan sisi.
  • Fork terbalik (USD), mungkin jenama Kayaba atau Marzocchi.
  • Sistem brek menggunakan produk Brembo dengan cakera kembar untuk roda depan dan kaliper radial berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Menggunakan cermin sisi dan gad tangan sama seperti Benelli TRK502. Malah braket aloi pada gad tangan terpapar logo TRK.

BACA >>> Pemilik Marzocchi, QJ Motor Meterai Kerjasama Buka Kilang Komponen di China
BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar 6 Model Motosikal CBU Jepun untuk Pasaran Malaysia
BACA >>> MForce Lancar Moto Morini X-Cape 650 (2022) ke Malaysia, Harga Mula RM39k!
BACA >>> Pakar: Standard Sistem Keselamatan Kenderaan Negara Ketinggalan Zaman

SUMBER: BikeSocial

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Adventure 650cc, benelli, Qianjiang Group, QJMotor, roda2, Suzuki V-Strom 650 ABS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my