Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Puspakom Jadi Pemegang Lesen Syarikat Pemeriksaan Kenderaan Pertama Malaysia
Auto Terkini

Puspakom Jadi Pemegang Lesen Syarikat Pemeriksaan Kenderaan Pertama Malaysia

SyafieBy Syafie03/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PUSPAKOM Sdn Bhd (Puspakom) kini memulakan operasi sebagai pemegang lesen pemeriksaan kenderaan pertama di Malaysia berkuat kuasa 1 September 2024.

Pelaksaan operasi ini dibuat selepas penamatan konsesi sebagai penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan kenderaan pada 31 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, anugerah lesen operasi ini membuka peluang kepada Puspakom untuk menjadi entiti lebih lestari dan kompetitif dalam sektor automotif Malaysia.

Puspakom berbangga menjadi pemegang lesen pemeriksaan kenderaan pertama negara, dan akan terus mengekalkan misi kami untuk menjadikan pengangkutan jalan raya lebih selamat melalui pemeriksaan kenderaan.”

“Ketika persiapan menghadapi landskap yang kompetitif, kami sudah merangka pelan komprehensif untuk penambahbaikan supaya lebih bersedia pada masa depan.”

“Ini termasuk naik taraf perkhidmatan pelanggan, produk dan perkhidmatan baharu serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikan Puspakom bersedia untuk persaingan.”

Dengan pengalaman 30 tahun dan gabungan teknologi AI, perkhidmatan Puspakom akanjadi lebih cekap, terutama dalam mengembalikan masa produktviti serta menyediakan lebih banyak slot pemeriksaan kepada pelanggan seluruh negara.

Sebelum ini, tempoh pemeriksaan mengambil masa 75 minit, tetapi sekarang mampu diselesaikan dalam tempoh purata 34 minit sahaja.

Puspakom turut memulakan operasi 16 jam sebagai percubaan di Cawangan Glenmarie, Shah Alam yang beroperasi dalam dua syif bermula jam 7 pagi hingga 11 malam.

Percubaan operasi 16 jam ini adalah sebahagian usaha kami memperbaiki penyampaian perkhidmatan. Percubaan ini bertujuan mengumpulkan data dari segi cabaran operasi dan penerimaan pelanggan.”

“Walaupun Cawangan Glenmarie hanya untuk kereta persendirian, ini membolehkan kami mendapatkan data diperlukan dan membuat penambahbaikan sebelum melaksanakan di lebih banyak cawangan.”

Bagi waktu operasi lebih panjang pula akan dilaksanakan di kawasan tumpuan pasaran utama selepas fasa percubaan berjaya, dijangka tamat pada 3 Januari 2025.

Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Pemegang Lesen Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM PUSPAKOM Sdn Bhd
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.