• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X90 (2023) Raih 5 Bintang dalam Ujian Pelanggaran Asean NCAP

Proton X90 (2023) Raih 5 Bintang dalam Ujian Pelanggaran Asean NCAP

May 9, 2023 By Sharil Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI rakyat Malaysia yang masih meragui tahap keselamatan Proton X90 (2023), ketahuilah kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi itu diberikan penarafan lima bintang dalam ujian pelanggaran Asean NCAP!

Dalam ujian itu, Proton X90 (2023) meraih skor lima bintang dalam penilaian dalam Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), Bantuan Keselamatan dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).


Berdasarkan data Asean NCAP, Proton X90 (2023) memberikan perlindungan penumpang dewasa (AOP) yang baik dalam ujian perlanggaran depan, dan perlindungan hentaman sisi dengan memperoleh skor 37.75 daripada 40.

Dari segi perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), SUV Proton itu turut mendapat markah tinggi dalam ujian impak, dan ciri pemasangan kerusi kanak-kanak menerusi pautan ISOFIX dengan skor 17.79 daripada 20.

ldw-ldp-lcc-elka-adas-proton-x90
aeb-adas-proton-x90

Berbeza Geely Okavango di Filipina, Proton X90 (2023) di Malaysia dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) sebagai ciri keselamatan tambahan. Hasilnya, SUV tersebut mendapat skor 15.71 daripada 20.

Proton X90 (2023) juga dipasangkan Pemantau Titik Buta (BSM) untuk membantu mengelak perlanggaran motosikal yang membolehkan SUV berkenaan menerima markah 12.50 daripada 20 dalam penilaian Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).

Secara keseluruhan, Proton X90 (2023) memperoleh 83.75 daripada 100 yang melayakkan model baharu Proton itu diberikan penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP 2021-2025.

Walaupun banyak ciri keselamatan tambahan seperti ADAS dan BSM tiada pada Okavango yang dijual di Filipina, tetapi struktur badan kedua-dua model itu masih sama. Ini membuktikan Geely Okavango atau Proton X90 (2023) sebagai antara SUV  7-kerusi paling selamat di pasaran tempatan buat masa ini.

BACA >>> #Perbandingan: Harga Proton X90 (2023) vs Model Pesaing Segmen Sama
BACA >>> Proton X90 (2023) Rasmi Lancar! Harga Mula RM123.8k

SUMBER: AseanNCAP

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ASEAN NCAP, Auto Terkini, Filipina, Geely Okavango, Malaysia, Proton X90, Proton X90 (2023), Roda4, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev