Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton X50 2026 Serba Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM85,800!
Roda4

Proton X50 2026 Serba Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM85,800!

Han OthmanBy Han Othman01/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pelancaran Proton X50 2026 Serba Baharu
KENDERAAN utiliti sukan (SUV) segmen-B nombor satu negara kini kembali dengan wajah baharu!

Proton hari ini memperkenalkan Proton X50 2026 Serba Baharu, yang mana model terdahulu  dijual lebih 140,000 unit sejak 2020, sekali gus menjadikan SUV subkompak itu paling laris di Malaysia lima tahun berturut-turut.

Versi serba baharu kali ini menampilkan rekabentuk lebih sporty, unit infotainmen lebih canggih dan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2 yang dipertingkat.

Sebagai hasil kerjasama berterusan bersama Geely, X50 kini turut membawa DNA global dengan lebih 1.2 juta unit terjual di 51 negara!

Lebih Laju, Lebih Bijak: Enjin Baharu, Aplikasi Penuh Bahasa Melayu!

Di bawah bonet Proton X50 2026 Serba Baharu, tersimpan enjin 1.5TD i-GT turbo yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan output kuasa 178hp (133kW) dan tork 290Nm.

Pecutan 0-100kmj sepantas 7.6 saat, lebih laju 0.3 saat berbansing model terdahulu!

Tambah menarik, penjimatan bahan api meningkat 4.7 peratus yang membuktikan SUV tersebut bukan sekadar berkuasa, tetapi juga cekap tenaga.

Ciri paling menonjol asalah arahan suara dalam Bahasa Melayu yang kini lebih pintar dan mesra pengguna tempatan.

Ini juga antara fungsi pertama seumpamanya dalam industri automotif global, khas untuk pasaran Malaysia.

Gaya Baharu, Skrin Lebih Besar dan Audio Mantap

Unit infotainmen 14.6 inci kini menjadi pusat kawalan utama, yang lengkap dengan konektiviti pintar dan integrasi sistem infotainmen lebih responsif.

Rekabentuk luaran juga diberi sentuhan baharu dengan mengekalkan aura sporty sambil kelihatan lebih dewasa dan premium.

Kempen pelancaran dimeriahkan dengan lagu tema rancak daripada kumpulan pop De Fam. Siri jelajah seluruh negara menunjukkan betapa X50 terus mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan

Tiga Varian, Tawaran GEMPAK! Eksklusif Bernilai RM4,000

Proton X50 2026 Serba Baharu ditawarkan dalam tiga varian:

• Executive
• Premium
• Flagship

Setiap pembelian disertakan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, enam kali servis upah percuma, dan data internet 2GB/sebulan selama lima tahun (naik taraf daripada 1GB).

Seramai 10,000 pelanggan pertama bakal menikmati Tawaran GEMPAK! Eksklusif bernilai RM4,000 berupa:

• Rebat tunai RM4,000
• Kadar faedah pembiayaan serendah 2.35 peratus
• Rebat tukar beli hingga RM2,000
• Insurans lengkap dengan perlindungan lebih luas seperti kerosakan khas, kerusi bayi, dan perlindungan kemalangan penumpang

Harga Proton X50 2026 Serba Baharu (Tanpa Insurans)

Varian Semenanjung Malaysia

  • Executive – RM89,800
  • Premium – RM101,800
  • Flagship – RM113,300

Harga Selepas Tawaran GEMPAK! Eksklusif

Varian Semenanjung Malaysia

  • Executive – RM85,800
  • Premium – RM97,800
  • Flagship – RM109,300

Berminat? X50 Baharu Kini di Semua Pengedar Proton

Tempah sekarang di pengedar Proton berhampiran atau layari laman rasmi untuk maklumat lanjut. Proton X50 2026 Serba Baharu menjadi definisi penuh SUV segmen-B yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton X50 2025 Proton X50 2026 Serba Baharu Roda4 SUV segmen-B SUV subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Sukan Permotoran

dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

18/03/2026
Lepas Malaysia buat baju raya khas
Auto Terkini

Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.