Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Saga Anniversary Edition Lancar, Harga Kit Badan Penuh RM41k Sahaja
Auto Terkini

Proton Saga Anniversary Edition Lancar, Harga Kit Badan Penuh RM41k Sahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEMALAM, Proton menyiarkan video acah Saga Anniversary Edition sempena edisi ulang tahun sedan mini itu yang ke-35 dalam laman Facebook rasmi pengeluar nasional itu. Hari ini model itu rasmi dilancarkan secara digital menerusi strim langsung di laman Facebook Proton pada harga RM41,335, siap kit badan penuh, iaitu lebih mahal RM2,035 daripada harga asas, RM39,300.

Tentunya bagi meraikan ulang tahun Saga, Proton melakukan beberapa kemas kini luaran dan dalaman bagi sedan nasional itu. Menjadi model paling laris dalam barisan produk Proton, Saga Anniversary Edition didatangkan dengan penambahan aksesori luaran agar tampil elegan.

Proton Saga Anniversary Edition ditawarkan pada varian 1.3L Premium AT. Semburan warna hitam eksklusif pada Saga pertama kali ditawarkan kepada publik, sebelum ini warna tersebut hanya untuk kereta Proton kerajaan sahaja. Manakala kemasan kuning yang menyerlah diambil dari warna R3. Proton Saga Anniversay Edition itu turut dilengkapi dengan penapis kabin N95 seperti yang ditawarkan pada Proton X70.

Berikut kemas kini yang diterima oleh Proton Saga Anniversary Edition yang hanya terhad 1100 unit sahaja:

LUARAN

  • Warna badan eksklusif hitam
  • Pelekat grafik jalur kuning pada bampar belakang dan gril atas depan
  • Perumah cermin sisi warna kuning
  • Rim aloi gelap eksklusif

DALAMAN

  • Kemasan kuning pada corong pendingin hawa dan panel tengah
  • Bulatan kuning pada kombi meter.

BACA>>>Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

PAKEJ AKSESORI ANNIVERSARY (PILIHAN TAMBAHAN) BERNILAI RM2,035

  • Skirting depan
  • Skirting sisi
  • Visor pintu
  • Penebat lid hud
  • Penebat lid but
  • Pelapik but

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Proton Saga Anniversary Edition!!!
BACA >>> Proton Dedah Seragam Baharu Saga R3 untuk Aksi Sepang 1000KM!

GALERI
Foto Bocor Foto Bocor Proton Saga Anniversary Edition (2020) Proton Proton Saga Proton Saga Anniversary Edition (2020) Roda4 Spyshot
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.