• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Saga (2019) Lancar Bulan Depan? Ini 5 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

Proton Saga (2019) Lancar Bulan Depan? Ini 5 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

July 26, 2019 By Abang GYL 4 Comments

14.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAMI yakin ramai yang tertanya-tanya bilahkah Proton Saga (2019) versi facelift akan diperkenalkan. Pada masa sama, kami juga menerima persoalan yang sama setiap hari daripada pembaca PanduLaju.

Apatah lagi banyak foto Proton Saga (2019) tersebar di laman sosial baru-baru ini termasuklah unit tanpa penyamaran yang berjaya diambil ketika menjalankan proses penggambaran.

Bagi mereka yang ternanti-nanti kehadiran model terbaharu dari Proton, kami dimaklumkan Saga (2019) bakal diperkenalkan bulan depan. Bila tarikh sebenar, biarlah rahsia dahulu. Apa pasti, banyak benda baharu akan ditampilkan pada Proton Saga (2019).

Sementara menunggu kehadirannya ke pasaran tempatan, berikut ialah sedikit maklumat yang kami boleh kongsikan kepada semua.

  1. Sedan segmen-A yang bakal terus bersaing dengan Perodua Bezza itu akan meneruskan legasi model Proton terkini dengan kehadiran lampu siang (DRL) LED, dan gril bercirikan konsep 'Infinite Weave’. Rekabentuk belakang Proton Saga (2019) juga berubah, terutama pada bahagian bawah bampar dan logo diubah kepada abjad P R O T O N. Dalam erti lain, rekaan belakang tampil sama seperti Proton Persona 2019.
  2. Begitu juga rekaan dalaman tampil dengan sistem infotainment skrin sentuh jenis apung. Ala-ala Mercedes atau BMW katakan. Kluster instrumen juga tampil rekaan baharu daripada jenis paparan multiinfo (MID) seperti Exora (2019) facelift, dan begitu juga tombol gear yang diperbaharu.
  3. Berdasarkan beberapa foto tersebar, Proton Saga (2019) turut menampilkan rim aloi 5-bilah baharu. Nampak lagi sporty dan menarik.
  4. Paling dinanti ialah perubahan transmisi pada Proton Saga (2019) facelift yang menggunakan kotak gear baharu, Hyundai Powertech. Daripada kotak gear CVT, kini beralih kepada 4-kelajuan. Katanya lagi sedap dan lancar berbanding kotak gear asal.
  5. Yang terakhir ialah bab harga. Berdasarkan beberapa model facelift seperti Persona, Iriz dan Exora, kami tidak menolak kemungkinan harga bagi Proton Saga (2019) akan dijual lebih murah berbanding sedia ada. Mungkin ada penurunan harga dan adakkah ia dijual bermula sekitar RM29,000?

BACA >>> Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

interior-proton-saga-facelift-bg
interior-proton-saga-facelift-3
Foto rupa sebenar unit infotainment Proton Saga (2019)
Foto rupa sebenar unit infotainment Proton Saga (2019)
interior-proton-saga-facelift-1
interior-proton-saga-facelift-2
interior-proton-saga-facelift-5

Rasanya setakat ini saja kami dedahkan serba sedikit mengenai Proton Saga (2019). Apa yang pasti, Proton Saga (2019) tampak lagi menarik dan kacak berbanding versi sedia ada. Jika ada maklumat tambahan, kami akan maklumkan dari masa ke semasa. Bagi ternanti-nanti, bolehla pecahkan tabung siap-siap.

BACA >>> Proton Persona Lama vs Facelift: Apa yang Baharu? Apa yang Berubah?

BACA >>> Harga, Spesifikasi Menarik Geely Binyue Jadi Penanda Aras Baharu SUV di Malaysia?

Artikel Berkaitan

14.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 proton saga, harga Proton Saga (2019), pandu uji Proton Saga (2019), Proton Saga (2019) Facelift, proton saga 2019

Comments

  1. Zulkifli says

    July 28, 2019 at 7:33 AM

    Very nice for Proton saga new facelift.

    Reply
  2. Daddykasi says

    August 1, 2019 at 11:35 PM

    Zaman tun m jd pengerusi proton, harga proton mmg harga cekik darah. Sbb kroni dia byk jd supplier proton. Brg cikai, juai mahai. La ni alhamdulillah. Rakyat akhirnya mampu menggunakan produk berkualiti pada harga rendah.. Tq DSNR!

    Reply
    • Noor says

      August 5, 2019 at 1:10 PM

      Tak ada GST harga dapat diturunkan zaman Najib lintah darat

      Reply
  3. PET JEREMY GOH says

    October 27, 2019 at 4:57 PM

    Saya mendapati Proton Saga 2019 Manual varian standard masih dalam status pengilangan yang saya nampak hanyalah standard AT dan premium AT sahaja. Model ini sahaja yang diterima oleh bakal bakal pemilik kereta Proton Saga 2019.. Saya difahamkan Model standard manual varian standard ini akan keluar daripada pengilangan dan akan dihantar ke Sabah tanggal pada 15hb november 2019 tetapi tidak banyak yang masuk. model Saga facelift yang dijual di laman sesawang seperti Mudah.com varian seperti model manual standard yg dijual pada harga RM32,800 tetapi menggunakan gambar auto standard dan premium. Ini menyebabkan kekeliruan dan kehampaan yang mulanya disangkakan stok sudah tersedia tapi ternyata kebanyakan pengguna mendapat auto pilihan mereka terlebih dahulu berbanding pengguna yang memilih standard manual.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my