Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton S50 Lancar Tak Lama Lagi, Sedan Segmen-B Seakan Segmen C!
Auto Terkini

Proton S50 Lancar Tak Lama Lagi, Sedan Segmen-B Seakan Segmen C!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize04/07/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERETA sedan baharu keluaran Proton yang dinantikan, Proton S50 yang diberikan kod sama seperti Geely Emgrand generasi terkini di China, SS11 akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi!

Perkara ini disahkan sendiri oleh CEO Proton Dr Li Chunrong ketika majlis tandatangan kerjasama Proton dan Aapico baru-baru ini.

Jika dilihat pada beberapa gambar intipan Proton S50 penuh dengan celoreng yang dikesan diuji di jalan raya yang terdapat di media sosial, bahagian tiang-C serta cermin belakangnya memang kelihatan seperti Emgrand berbanding Geely Binrui.

Geely Emgrand atau Proton S50 (atau apa pun nama rasminya kelak) dibina menggunakan platform segmen-B Modular Architecture (BMA) yang sama seperti Proton X50 menjadikan ia sedan segmen-B yang menawarkan:

  • Fleksibiliti dari segi rekaan, ruang dalaman, keselesaan dan kawalan pengendalian yang lebih baik
  • Kelebihan untuk membina jarak roda lebih lebar bagi menambah kestabilan dan cengkaman pada tayar
  • Ruang belakang dan but luas (500 liter)
  • Penglihatan lebih baik apabila titik buta pemandu dikurangkan melalui rekaan tiang-A baharu

Meskipun diklasifikasi sebagai sedan segmen-B, namun Proton S50 ini berukuran jauh lebih lebar berbanding pesaing segmen-B, memandangkan S50 berkongsi jarak roda yang sama seperti Proton Preve, sebuah sedan segmen-C. Rujuk perbezaan dimensi S50 ini berbanding sedan segmen-B lain:

S50 ini juga besar kemungkinan bakal diberikan enjin 1.5 TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) memandangkan Proton telah memperkenalkan kilang pemasangan enjin baharu itu di Tanjung Malim. Enjin tiga silinder ni sudah digunakan pada beberapa jenama di bawah Geely Group, dan variannya setakat ini telah digunakan dalam lebih 750,000 kenderaan yang dijual di seluruh dunia termasuk X70 dan X50.

Untuk perbandingan, lihat output enjin 1.5 TGDI menghasilkan 177PS dan 255Nm, lebih kuat berbanding Geely Emgrand di China yang menggunakan enjin 1.5NA menghasilkan 141PS dan 147Nm.

Selain itu, sistem keselamatan dan bantuan pemanduan canggih seperti ADAS yang ada pada barisan kereta baharu Proton ketika ini sudah pastinya akan diberikan pada S50 ini, menjadikannya antara sedan idaman di pasaran Malaysia.

Bagaimanapun, semuanya bergantung pada harga. Jika harga yang ditawarkan pada S50 ini bermula pada RM60k, mungkin sedan ini bakal menggegar pasaran terutama bagi mereka yang sudah mula letih dengan penggunaan SUV.

BACA >>> #Perbandingan: Harga Proton X90 (2023) vs Model Pesaing Segmen Sama
BACA >>> Proton X90 (2023) Rasmi Lancar! Harga Mula RM123.8k
SUMBER: Paultan

 

Geely Geely Emgrand Proton Proton S50 Sedan Segmen B SS11
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.