Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Raja SUV Malaysia, Saga Kekal Model Paling Laris!
Auto Terkini

Proton Raja SUV Malaysia, Saga Kekal Model Paling Laris!

ShawkathBy Shawkath05/07/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mengumumkan Jun sebagai bulan jualan terbaik 2022 selepas mencatat pendaftaran terkumpul sebanyak 14,787 unit kenderaan (domestik dan eksport).

Catatan itu menunjukkan peningkatan 51 peratus pendaftaran berbanding Mei walaupun berdepan masalah kekurangan alat ganti.

BACA >>> Menteri Mahu Teliti Isu Alat Ganti, Termasuk Servis ‘Eksklusif’ Proton X70, X50
BACA >>> Lelaki Ini Luah Perasaan Tidak Puas Hati, Kereta Proton Miliknya Bermasalah

Sepanjang enam bulan pertama 2022, Proton menjual 60,124 unit kenderaan, meningkat 3.9 peratus berbanding tempoh sama 2021. Pencapaian itu meletakkan Proton di tangga kedua jualan terkumpul kenderaan di Malaysia dengan pegangan pasaran sebanyak 22.6 peratus.

MASIH RAJA SUV

  • Model kenderaan utiliti sukan (SUV) X50 turut mencatatkan jualan bulanan terbaik dengan pendaftaran 4,473 unit.
  • Jumlah itu membantu X50 kekal sebagai peneraju SUV segmen-B dan keseluruhan segmen SUV.
  • X70 versi diperbaharu juga mencatat jualan terbaik dalam tempoh 20 bulan dengan jualan 2,696 unit, mendominasi SUV segmen-C Malaysia.

SAGA KEKAL POPULAR

  • Proton memperkenalkan Saga versi kemas kini pada 12 Mei lalu dan jumlah pendaftaran bulan lalu ialah 5,460 unit, sekali gus muncul sedan segmen-A nombor satu.
  • Sepanjang tahun ini, Saga mencatatkan jumlah jualan 23,484 unit.
  • Exora mencatatkan pendaftaran 513 unit, mendominasi kategori kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C.
  • Persona dan Iriz pula masing-masing mencatatkan pendaftaran 1,224 dan 421 unit.

PRESTASI EKSPORT

  • Proton mencatatkan jualan eksport memberangsangkan dengan 636 unit sepanjang bulan lalu, manakala jumlah terkumpul eksport 2,722 unit setakat ini, meningkat 81.2 peratus berbanding tahun terdahulu.
  • Malah Proton mendakwa menjadi pengeksport utama dalam kategori automotif Malaysia.
MODEL DAN JUMLAH EKSPORT  (JUN 2022)
  • Saga: 1,602 unit (naik 78 peratus)
  • X70: 377 unit
  • X50: 100 unit
PASARAN EKSPORT (Jan-Jun 2022)
  • Pakistan: 1,770 unit (naik 183 peratus)
  • Brunei: 203 unit
  • Bangladesh: 194 unit

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;

Jun ialah bulan paling sibuk untuk industri automotif dengan kebanyakan jenama cuba menghasilkan sebanyak mungkin kenderaan untuk memenuhi permintaan pasaran.

Pengumuman penamatan insentif SST (cukai jualan dan perkhidmatan) pada 1 Julai juga mendorong pertambahan tempahan disebabkan pelanggan berebut untuk menikmati manfaat penjimatan ditawarkan.

Proton menerima lebih 150,000 tempahan untuk enam bulan pertama tahun ini dan apabila mengambil kira tunggakan tempahan 2021, kami perlu bekerja lebih keras untuk melaksanakan kiriman kenderaan secepat mungkin.”

BACA >>> Proton Jual 5,676 Unit Kereta Sepanjang Mei, Saga Paling Laris!
BACA >>> Proton Kekal Raja SUV, MPV Malaysia Sepanjang Mac 2022
BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020
BACA >>> Perbandingan: Geely Azkarra Filipina vs Proton X70
BACA >>> Proton Kemas Kini Waranti Transmisi X70 CBU, Kini 5 Tahun Tanpa Had Perbatuan
BACA >>> Proton Eksport X70 (2020) CKD ke Brunei
BACA >>> Proton Saga CKD Akhirnya Debut di Pakistan

Auto Terkini autoterkini Eksport Proton Jualan Proton Jun 2022 Proton Proton Bangladesh proton brunei Proton Pakistan Roda4
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.