• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Kemas Kini Waranti Transmisi X70 CBU, Kini 5 Tahun Tanpa Had Perbatuan

Proton Kemas Kini Waranti Transmisi X70 CBU, Kini 5 Tahun Tanpa Had Perbatuan

December 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERLINDUNGAN waranti untuk transmisi automatik 6-kelajuan Proton X70 versi import (CBU) sudah diperbaharui secara serta-merta berdasarkan kenyataan dihantar kepada pengedarnya.

X70 diberikan waranti lima tahun tanpa had perbatuan sejak hari pelancaran, tetapi pemilik model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu mendapati waranti untuk sistem transmisi cuma tiga tahun dengan jarak perbatuan 60,000km.

Terbaharu, Proton nampaknya sudah menambah tempoh tersebut yang menyamai waranti X70 CBU, iaitu lima tahun tanpa had perbatuan.

BACA >>> Proton X70 CKD Guna Transmisi 7DCT yang Lebih Lasak
BACA >>> Perlukah Beli Kereta Ada Lampu Kabus?

Bagi memastikan waranti tidak terbatal, pelanggan perlu mematuhi jadual penyelenggaraan berkala di Proton selama enam bulan atau 10,000km bagi membolehkan jaminan menukar ganti komponen transmisi dapat dilaksanakan.

Nombor khas akan diberikan pada komponen untuk mana-mana kenderaan yang digunakan kurang tiga tahun atau 60,000km. Begitu juga kenderaan yang sudah melepasi tempoh dan had perbatuan tersebut (tiga tahun atau 60,000km).

Pembaharuan polisi jaminan X70 itu adalah merujuk kepada sistem transmisi (kotak gear) dan bukan komponen mekanikal lain seperti dalaman enjin kenderaan.

BACA >>> #TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 - 7DCT yang Perlu Anda Tahu

Perlindungan itu cuma untuk barisan unit X70 versi CBU. Ini kerana kenderaan utiliti sukan (SUV) versi pemasangan tempatan (CKD) yang dilancarkan pada 2020 didatangkan dengan sistem transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

X70 CKD menawarkan tork 15Nm lebih tinggi dan 13 peratus kecekapan bahan api serta tiada lagi varian pacuan semua roda (AWD) seperti versi CBU.

BACA >>> Proton X70 SE (2021) Lancar di Malaysia, 2,000 Unit Sahaja, Harga RM123.8k
BACA >>> Geely Lancar Boyue Edisi Khas Sukan Asia ke-19 dengan Gril Proton X70
BACA >>> Perbandingan: Geely Azkarra Filipina vs Proton X70
BACA >>> Agong Pandu Sendiri Proton X70 Premium 2WD CBU

SUMBER: PaulTan

Artikel Berkaitan

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Masalah Tayar Motor, Masalah transmisi Proton, Nama SUV Proton, Proton, proton x70 cbu, SUV Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my