Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Persona Jadi Sedan Segmen-B Paling Laris Sepanjang Februari 2023
Auto Terkini

Proton Persona Jadi Sedan Segmen-B Paling Laris Sepanjang Februari 2023

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PROTON mencatat jualan 14,033 unit kenderaan (domestik dan eksport) sepanjang Febuari 2023, iaitu peningkatan 20.1 peratus lebih tinggi berbanding Januari lalu.

Pengeluar kereta nasional itu sudah menjual 25,714 unit kenderaan sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini. Jumlah tersebut menyaksikan kenaikan 88 peratus berbanding pencapaian dalam tempoh sama tahun lalu.

BACA >>> MITI Minta Proton, Perodua Percepat Pengeluaran EV Nasional ‘Rahmah’
BACA >>> Proton Mahu Malaysia Jadi Hab, Pengeksport EV Pemanduan Kanan

STATISTIK JUALAN 2023

  • Jumlah jualan: 25,714 unit
    • Januari – 11,681 unit
    • Februari – 14,033 unit

PECAHAN JUALAN MODEL FEBRUARI 2023

PROTON PERSONA RAJA SEDAN SEGMEN-B

  • Proton Persona mendahului jualan bulanan sedan segmen-B tempatan yang mendapat manfaat daripada masalah kekurangan komponen pembuatan dihadapi model pesaing lain.
  • Jualan 2,313 unit pada Februari lalu menandakan Proton Persona melepasi paras jualan 2,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut. (Januari – 2,039 unit)

BACA >>> SUV Premium Proton X90 Lancar Bulan Depan?

PROTON X50, EXORA JUARA SEGMEN MASING-MASING

  • Proton X50 kekal sebagai model kenderaan utitiliti sukan (SUV) segmen-B paling popular dengan jualan  3,247 unit. (Januari – 2,992 unit).
  • Proton Exora turut menerima sambutan positif dengan jualan 336 unit, sekali gus mendahului carta jualan kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C . (Januari – 332 unit)

PRESTASI MODEL LAIN

  • Proton Saga kekal di tangga kedua sedan segmen-A dengan jualan 6,345 unit. Jumlah jualan terkumpul tahun ini ialah 11,133 unit. (Januari – 4,788 unit)
  • Proton X70 mencatat jualan 981 unit, menduduki ranking kedua SUV segmen-C. (Januari – 933 unit).
  • Proton Iriz mencatatkan prestasi terbaik sejak Ogos 2022 dengan jualan 811 unit bulan lalu. (Januari – 597 unit)

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;

Permulaan kukuh bagi Proton tahun ini mencerminkan populariti tawaran model semasa kami. Sama seperti pesaing kami, banyak volum didorong usaha memenuhi tempahan yang dikecualikan cukai, tetapi jumlah tempahan baharu kekal baik.

“Jadi kami berharap dapat meneruskan trajektori pertumbuhan jualan kami sepanjang tahun ini.”

JUALAN SMART #1

Roslan berkata, Proton akan membuat beberapa pengumuman mengenai hala tuju syarikat itu tahun ini dalam beberapa bulan lagi. Menurutnya;

Ini tahun yang sibuk kerana kami mewujudkan kehadiran dalam segmen baharu, memasuki pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dan melangkah ke depan dalam EV apabila jualan smart #1 bermula.”

BACA >>> Smart #1 Masuk Malaysia Tahun Depan!
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Ruang Kabin Proton X90!

autoterkini Jualan Proton Februari 2023 Proton Proton Exora Popular Roda4 Roslan Abdullah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.