• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Proton Exora (2023) Facelift Lancar! Logo Baharu, Kemas Kini Minimal, Harga Mula RM62k!

Proton Exora (2023) Facelift Lancar! Logo Baharu, Kemas Kini Minimal, Harga Mula RM62k!

August 19, 2022 By Shawkath 1 Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENANTIAN berakhir, Proton sebentar tadi baru saja melancarkan Exora (2023) versi dipertingkat (facelift) di premis Proton KEB Auto Sdn Bhd, TTDI Kajang, Selangor.

Model kenderaan pelbagai guna (MPV) itu diberikan sentuhan baharu yang menumpukan aspek kemas kini minimal.

BACA >>> Proton Perkenalkan Exora Berwajah Segar, Harga Mula RM62.8k!
BACA >>> Proton Lancar Exora Baharu Jumaat Ini, Ada Solusi Masalah OCH?

proton exora 2023- 0
proton exora 2023- 2

Proton sudah menjual lebih 180,000 unit Exora sepanjang 13 tahun lalu. Menurut pengeluar nasional itu, inilah MPV yang direka dan dibina berasaskan keperluan rakyat Malaysia. Model ini juga boleh dianggap edisi akhir memandangkan Proton bakal memperkenalkan model 7-kerusi baharu hasil kolaborasi dengan rakan strategik, Geely Auto.

Berikut perincian Exora (2023) facelift:

VARIAN

Ada dua varian ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • 1.6T Executive CVT - RM62,800
  • 1.6T Premium CVT - RM69,800
WARNA
  • Ada lima pilihan warna: Snow White (putih), Indiana Grey (kelabu), Rosewood Maroon (merah hati), Ruby Red (merah) dan Cocoa Grey (coklat).
TRENKUASA
  • Enjin 4-silinder sebaris 16-injap 1,561cc VVT Turbo DOHC dengan sistem transmisi automatik CVT berkuasa 138hp @ 5,000rpm dan tork 205Nm @ 2,000-4,000rpm.
  • Kapasiti tangki minyak 55 liter.
REKABENTUK
  • Menggunakan lencana Proton lebih besar pada gril depan dan but belakang, tetapi tanpa motif Infinite Weave yang diperkenalkan pada model facelift lain seperti Persona, Saga dan Iriz.
  • Lampu siang (DRL) LED (untuk varian Premium)
  • Cermin sisi boleh lipat elektrik (untuk varian Premium)
  • Rim aloi dwi-tona 16 inci, sama seperti model facelift terdahulu (2019).
  • Ada skirt sisi dan spoiler belakang.
  • Bumbung hitam dengan kemasan belakang juga hitam.
KABIN
proton exora 2023- 4
proton exora 2023- 5
  • Dilengkapi 7-kerusi dengan kemasan kulit (Premium). Material fabrik untuk Executive).
  • Ruang perehat lengan pemandu dan penumpang depan kini bergaya mewah, dan selesa
  • Setiap kerusi disediakan penyaman udara tersendiri.
  • Menggunakan penapis kabin N95
  • Unit infotainmen skrin sesentuh 7 inci dengan ciri arahan suara 'Hi Proton', dan dilengkapkan fungsi navigasi atas talian, strim muzik, ramalan cuaca, dan sambungan 4G serta WiFi (Premium sahaja).
  • Ada sambungan telefon pintar untuk peranti Android, dan dua port USB.

KESELAMATAN

Ciri keselamatan tersedia pada Exora (2023) facelift baharu ini ialah:

  • 2 beg udara SRS
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Kamera undur dan sensor parkir belakang
  • Kawalan jelajah

BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Exora Black Edition (2021)? Harga RM67.8k
BACA >>> Jika Beginilah Rupa Proton Exora Baharu, Sumpah Tak Cari Lain
BACA >>> Bila Nak Selesai? Pandu Proton Exora Tak Sampai 2,000km, Tapi OCH Sudah Bocor
BACA >>> Alza Kena Gesel Exora Sampai Tercabut Tayar
BACA >>> Perodua Alza AV (2022) Kini Ada Akses Apple CarPlay!
BACA >>> Proton Exora (2019) Edisi Facelift Sah Lancar Esok, Bakal Tampil Ciri 'Hi Proton'

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: mpv proton, Proton Exora 2023, Proton Exora OCH, Proton KEB Auto Sdn. Bhd. TTDI, Roda4

Comments

  1. Proton says

    August 20, 2022 at 3:39 AM

    ingatkan all new exora 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev