• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Exora (2019) Edisi Facelift Sah Lancar Esok, Bakal Tampil Ciri 'Hi Proton'

Proton Exora (2019) Edisi Facelift Sah Lancar Esok, Bakal Tampil Ciri 'Hi Proton'

May 27, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

428
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Exora 2019 FaceliftSELEPAS Iriz dan Persona, kini tiba pula giliran Proton Exora (2019) versi facelift bakal memasuki pasaran. Ya, model MPV 7-kerusi itu bakal dilancarkan esok dengan penambahbaikan ciri kosmetik luaran dan dalaman.

Berdasarkan video acah yang dimuat naik dalam laman Facebook Proton Cars, Proton Ecora (2019) bakal menampilkan ciri hampir sama seperti Iriz dan Persona facelift terutamanya ciri arahan suara ‘Hi Proton’.

Proton Exora 2019 FaceliftMASIH GUNA LENCANA PROTON

Dari segi luaran, tidak banyak perubahan dilakukan dan nampak masih sama seakan versi sedia ada. Malah, tidak juga kelihatan gril infinite weave dan bahagian belakang masih menggunakan lencana Proton dan bukannya menggunakan PROTON seperti model Proton X70, Iriz dan Persona.

Apa yang ditukar ialah antena sirip jerung selain tampil warna baharu, Rosewood Maroon (merah hati), sama seperti Proton Persona (2019).

BACA >>> Proton Persona (2019) Edisi Facelift Lancar, Harga Lebih Murah Bermula RM42,600

Proton Exora 2019 Facelift
Proton Exora 2019 Facelift_PanduLaju_2
Proton Exora 2019 Facelift_PanduLaju_6
Proton Exora 2019 Facelift_PanduLaju_5
Proton Exora 2019 Facelift_PanduLaju_3

ADA CIRI ARAHAN SUARA HI PROTON

Rekaan dalaman pula nampak tidak banyak berubah dengan versi sedia ada. Apa yang ditukar ialah panel meter baharu (sama seperti Iriz dan Persona), kerusi kemasan kulit semi-leather, serta panel pintu dalaman baharu.

Sudah pasti, sistem infotaiment turut didatangkan dengan ciri arahan suara 'Hi Proton', strim muzik atas talian, navigasi atas talian, dan ciri 4G dengan WiFi.

Selain dari itu, tiada perubahan lain dapat dilihat. Berapakah jumlah varian akan diperkenalkan dan aspek mekanikal sama ada diubah atau tidak masih jadi tanda tanya.

Berdasarkan pemerhatian kami, ruangan enjin Proton Exora (2019) mungkin masih kekal sama. Jika ada mungkin sedikit talaan akan dilakukan untuk menjadikan ia lebih lancar. Begitu juga dengan kadar NVH yang turut dipertingkatkan.

Apa-apapun, nantikan laporan penuh kami esok. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh letakkan dalam ruangan komen dan kami akan cuba jawab sejurus majlis pelancaran esok.

BACA >>> Kos Servis Bezza Lagi Mahal Berbanding Proton Persona (2019), Ini Jawapan Perodua!

BACA >>> Proton Persona Lama vs Facelift: Apa yang Baharu? Apa yang Berubah?

GALERI

Proton Exora 2019 Facelift_PanduLaju_5
Proton Exora 2019 Facelift
Proton Exora 2019 Facelift_PanduLaju_2
Proton Exora 2019 Facelift
Proton Exora 2019 Facelift_PanduLaju_3
Proton Exora 2019 Facelift_PanduLaju_6
Proton Exora 2019 Facelift
428
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 proton exora, 2019 proton persona, enjin Proton Exora 2019 Facelift, harga Proton Exora 2019 Facelift, MPV malaysia, mpv proton, Proton Exora 2019 Facelift, Proton Exora Facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my