Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Perdana Tun M: Sepatutnya Dipulangkan Selepas R&D Kereta Elektrik, Tapi…
Auto Terkini

Proton Perdana Tun M: Sepatutnya Dipulangkan Selepas R&D Kereta Elektrik, Tapi…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/09/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU video Youtube daripada akaun Lost Adventures di Britain menarik perhatian ramai penonton di Malaysia.

Video berdurasi 12.01 minit itu memaparkan pengembaraan dua anak muda memasuki bangunan terbiar dan menjumpai beberapa unit kereta mewah dan prototaip. Ruang berkenaan kelihatan seperti garaj menyimpan koleksi kenderaan selain perkakasan mekanik. Malah ada komponen seperti enjin dan alat ganti lain.

Namun, apa yang menarik perhatian, sebalik barisan kereta mewah di bangunan milik Bristol Cars itu terselit sebuah Proton Perdana hitam dengan nombor pendaftaran VK 5231. Lebih pelik Perdana tersadai bersama kereta mewah lain itu sebenarnya dikeluarkan dalam unit terhad dan tidak dijual intuk pasaran luar.

Sedan eksekutif generasi kedua itu didaftarkan sekitar 2016-2017. Difahamkan model itu sebenarnya milik mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ini disahkan sendiri laman Facebook Kelab Che Det menerusi beberapa dokumen sokongan surat rasmi mengeksport model itu ke Britain.

Kereta Proton Perdana bernombor plat VK 5231 tu didaftarkan atas nama Mahathir bin Mohamad. Untuk pengetahuan, bangunan tersebut milik Bristol Cars, pemilik dia Kamal Siddiq, seorang usahawan warganegara Britain berdarah Pakistan. Macam mana pulak kereta Tun M boleh ada dekat UK ni? Cerita dia bermula pada akhir tahun 2016 bila Tun M pergi ke UK dan ada berbincang dengan Kamal Siddiqi untuk convert kereta biasa kepada kereta hibrid melalui syarikat R&D milik Kamal iaitu Frazer Nash Research Limited yang berpengkalan kat UK.”

Menurut surat rasmi itu, yang dikeluarkan Tun Mahathir pada 4 Januari 2017, sepatutnya selepas selesai proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), Perdana tersebut akan dikembalikan semula ke Malaysia. Bagaimanapun, kereta itu dibiarkan tersadai bersama koleksi kereta mewah dan prototaip lain.

KENAPA FRAZER-NASH GROUP?

Difahamkan Frazer-Nash Group ialah pakar dalam  teknologi kenderaan elektrik dan pernah membekalkan kenderaan elektrik ke Malaysia ketika menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

Hubungan syarikat itu dan Malaysia bukan setakat itu, tetapi sebelum itu pernah juga bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad pada 1996 yang sepatutnya menghasilkan kereta elektrik pertama Malaysia. Namun, semua perancangan tidak menjadi kenyataan dan segalanya jadi terbiar apabila memasuki era milenia sekitar awal  2000-an.

BACA >>> Geely Preface (2021) Didedahkan, Beri Bayangan Proton Perdana Baharu?
BACA >>> Tengku Laksamana Selangor Beli Proton Perdana ‘Custom Made’

2019 proton persona Perdana Proton Perdana Tun Mahathir Tersadai Roda4 Tun M Tun Mahathir Mohamad
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche ‘K1’ SUV Elektrik Lebih Besar Daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Kenderaan terbiar Shah Alam
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang kuasa PBT adalah terhad kecuali.. – KPKT

27/02/2026
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.