• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Preface (2021) Didedahkan, Beri Bayangan Proton Perdana Baharu?

Geely Preface (2021) Didedahkan, Beri Bayangan Proton Perdana Baharu?

August 17, 2020 By AI Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY menyiarkan foto acah model Preface (2021), iaitu sedan mewah yang dibina berasaskan platform Arkitektur Modular Kompak (CMA) dibangunkan Geely.

Berdasarkan model konsep Preface Concept yang kali pertama ditayangkan di Pameran Auto Shanghai (2019), rekabentuk keseluruhan Preface tidak berubah selain pintu suicide dan kamera sisi yang masing-masing digantikan pintu konvensional dan cermin sisi.

BACA >>> Toyota Avalon (2020) - Sedan Perdana yang Lebih Besar daripada Camry

Preface menampilkan bahasa rekabentuk Geely baharu yang diterjemahkan sebagai Advanced Geely 4.0. Salah satu elemen paling menyerlah ialah gril kosmos ikonik Geely yang kini dalam bentuk bilah menegak dan bukan lagi rekaan gelombang kosmos.

Dimensi badan Preface menampilkan gaya sporty luas dengan bampar depan agresif dan belakang langsing yang mengingatkan kita kepada sedan Volvo. Sedan ini juga model kedua Geely menggunakan platform CMA selepas kenderaan utiliti sukan (SUV), Xing Yue.

Platform CMA dibangunkan Geely bersama Volvo Cars. Tarikh pelancaran Preface dijangka dibuat suku keempat tahun ini, manakala pemasangan dilakukan di kilang Geely Hangzhou Bay.

BAGAIMANA PULA PROTON?

Geely masih belum mendedahkan dimensi dan angka prestasi rasmi Preface, tetapi berdasarkan maklumat dibocorkan, model itu memiliki dimensi panjang 4,785mm, lebar 1,860mm dan tinggi 1,469mm serta jarak roda 2,800mm.  Dari segi prestasi, Preface akan dikuasakan enjin petrol 2.0L pengecas turbo dengan kuasa 188hp dan tork 300Nm.

Dari segi saiz, Preface diposisikan antara Preve dan Perdana. Ini bermakna ia berpotensi menggantikan sedan Perdana yang sudah lama tidak berganti. Jika mengambil kira apa dibentangkan Proton, pengganti Perdana dijadualkan muncul pada 2021.

Adakah Preface boleh dianggap sebagai model bayangan Perdana baharu?

BACA >>> Proton Perdana V6 - Ringkas Tapi Padat!
BACA >>> Honda Akan Hentikan Jualan Civic Turbo Sedan, City dan Jade di Jepun

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Geely, Geely Auto, Geely Preface, Proton, Proton Perdana, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my