Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Ertiga Premium Sentuhan Ajerul Antoine – Meleleh Beb!!!
Auto Terkini

Proton Ertiga Premium Sentuhan Ajerul Antoine – Meleleh Beb!!!

Abang GYLBy Abang GYL19/11/20163 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

proton ertiga premiumSEPERTI dijanjikan, kami ‘hidangkan’ dua lagi foto Proton Ertiga Premium versi bodykit yang dibikin khas oleh pakar manipulasi, Ajerul Antoine.

Bakal dilancarkan 24 November depan, Proton turut menyatakan kesediaan untuk memperkenalkan Proton Ertiga Premium (bodykit + kerusi dibalut kulit) pada tahun hadapan sekiranya model MPV ini menerima sambutan memberansangkan.

Sedia maklum, Proton Ertiga adalah calon pertama kenderaan pelbagai guna (MPV) kerjasama Proton-Suzuki selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlesenan (LA) pada tahun lalu.

Ramai juga bertanya kepada kami, kenapa Proton memilih Ertiga dan bukannya model lain. Memandangkan Suzuki Ertiga tidak pernah menjengah pasaran Malaysia, kami berpendapat pengenalan MPV itu sebagai strategi pemasaran terbaik.

Apatah lagi jika mengambil kira reputasi Ertiga sebagai antara model MPV terlaris di pasaran Indonesia.

proton ertiga premiumMPV KOMPAK EEV PERTAMA

Lebih hebat, Proton Ertiga ialah model MPV kompak pertama yang pertama mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Ia bakal didatangkan dengan dua varian iaitu Executive dan Executive PLUS.

BACA>> 10 Perkara Tentang Proton Ertiga Yang Perlu Anda Tahu, Termasuk Foto Teaser

PENYAMAN UDARA BELAKANG

Ini yang paling menarik, ruang belakang Proton Ertiga, iaitu di kerusi baris kedua dan ketiga disediakan ventilator penyaman udara yang boleh dilaraskan. Semestinya berita gembira buat penumpang belakang.

BACA>> Kenapa Orang Ramai Perlu Pilih Proton Ertiga? Inilah 5 Jawapan Ringkas Diberikan Oleh Proton…

foto proton ertigaBERAPA HARGA?

Berdiri atas segmen MPV, antara pesaing utama Proton Ertiga ialah Perodua Alza, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina. Buat masa ini, kami tidak memiliki sebarang maklumat berhubung harga.

Jika mengambil kira pesaingnya, Alza, kami menjangkakan Proton Ertiga dijual pada harga sekitar RM60,000. Jika lebih, kami rasakan Proton berdepan tugas sukar mahu menjualnya. Persoalannya, mampukah Ertiga jadi pilihan terbaik dan bersaing dengan pesaing lain?

Paling penting, cantik tak Proton Ertiga Premium ini?

GALERI

proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga premium
proton ertiga premium
foto proton ertiga
ertiga MPV Proton Ertiga proton ertiga premium Suzuki Ertiga
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026

3 Comments

  1. Radzi on 11/03/2017 19:30

    Mmg terbaik..cun melecun kalau dpt bikin kat gua punya ertiga

    Reply
  2. azuan on 27/04/2018 13:23

    ertiga mmg best injin suzuki rmi org xtau dia guna timing chen bukan timing bell.tak bimbang nk tukar atu putus..harganya je kurang best

    Reply
  3. azuan on 27/04/2018 13:26

    sy cadangkan lepas ni keluaran kereta buatan mlysia mengunakan timing chen

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.