Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»#AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?
Kenderaan Elektrik (EV)

#AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?

Han OthmanBy Han Othman05/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton eMAS 5 – EV kompak berasaskan Geely Xingyuan di Malaysia
DITAYANGKAN pameran Auto Shanghai 2025, hatchback elektrik Geely Xingyuan 2025 (Geely Geome), dikhabarkan bakal menjadi model kenderaan elektrik (EV) kedua Proton selepas Proton e-MAS 7 untuk pasaran Malaysia dengan nama Proton e.MAS 5.

Di pasaran China, Geely Xingyuan ditawarkan dalam lima varian pada harga antara 68,800 yuan (RM39,890) hingga 97,800 yuan (RM55,710), harga yang cukup kompetitif untuk EV saiz kompak yang sarat teknologi canggih!

Proton eMAS 5 – EV kompak berasaskan Geely Xingyuan di Malaysia
Proton eMAS 5 – EV kompak berasaskan Geely Xingyuan di Malaysia

Dimensi Setanding BYD Dolphin

Geely Xingyuan dibina berasaskan platform Arkitektur Tenaga Baharu Pintar Global (GEA) dengan dimensi panjang 4,135mm, lebar 1,805mm, dan tinggi 1,570mm, manakala jarak roda 2,650mm.

Saiz tersebut meletakkan model EV itu setanding BYD Dolphin, sekali gus menjadikan pesaing langsung dalam segmen hatchback segmen-B elektrik.

Kenapa Ada Lencana GEOME?

Mungkin anda perasan lencana ‘GEOME’ pada badan EV tersebut. Itu sebenarnya legasi daripada jenama asal, Geometry sebelum diserap masuk dalam barisan famili Geely Galaxy.

Namun, tidak seperti model lain seperti Starship 7, Geely Xingyuan masih mengekalkan lencana lama Geometry yang mungkin menunggu versi dipertingkat (facelift) akan datang untuk perubahan identiti jenama.

Geely Xingyuan menampilkan rekaan dalaman minimalis dengan ciri seperti berikut:

Proton eMAS 5 – EV kompak berasaskan Geely Xingyuan di Malaysia
Proton eMAS 5 – EV kompak berasaskan Geely Xingyuan di Malaysia
  • Unit infotainmen skrin sentuh 10.1 inci dan kluster instrumen digital di depan pemandu bersaiz 8.8 inci.
  • Sistem audio dengan empat pembesar suara.
  • Varian lebih tinggi menawarkan unit infotainmen 14.6 inci dengan sistem bunyi enam pembesar suara.
  • Ada lampu ambien 256 warna dengan visual siluet bandar yang responsif terhadap muzik.
Proton eMAS 5 – EV kompak berasaskan Geely Xingyuan di Malaysia
Proton eMAS 5 – EV kompak berasaskan Geely Xingyuan di Malaysia
  • Tambahan menarik lain ialah konsol tengah pintar multifungsi yang menyediakan pengecas wayarles, pemegang cawan, kawalan gear, kawalan suhu dan storan pelbagai fungsi.
Proton eMAS 5 – EV kompak berasaskan Geely Xingyuan di Malaysia
Proton eMAS 5 – EV kompak berasaskan Geely Xingyuan di Malaysia
  • Kapasiti but 375 liter, dan boleh ditambah kepada 1,320 liter apabila melibat tempat duduk belakang.
  • Kapasiti bonet 70 liter.
  • Laci 10 liter dan storan bawah kerusi belakang untuk varian tinggi.

Spesifikasi Trenkuasa

Ada dua pilihan trenkuasa ditawarkan untuk Geely Xingyuan, iaitu:

Varian Asas

  • Motor elektrik belakang 58kW (79hp), dan tork 130Nm
  • Bateri litium-besi-fosfat (LFP) 30.12kWh
  • Jarak pandu 310km (mengikut ujian CLTC)

Varian Lebih Tinggi

  • Motor elektrik belakang 85kW (116hp), dan tork 150Nm
  • Bateri litium-besi-fosfat (LFP) 40.16kWh
  • Jarak pandu 410km (CLTC)

Ciri Keselamatan dan ADAS

Ciri keselamatan standard diberikan kepada Geely Xingyuan 2025 adalah:

  • Empat beg udara
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

Varian lebih atas dilengkapi enam beg udara, dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), seperti:

  • Kamera pandangan sekekeliling 540º dengan casis lut sinar.
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pengecam Papan Tanda Lalu Lintas (TSR)

Bakal Jadi Model Kedua Proton e.MAS di Malaysia?

Berdasarkan sasaran tiga pelancaran model Proton baharu sepanjang 2025, ada kemungkinan salah satu model itu menggunakan platform GEA seperti Geely Xingyuan. Jadi tidak keterlaluan untuk mengatakan Proton e.MAS 5 bakal menjadi pelengkap sempurna kepada e.MAS 7 dalam portfolio EV nasional.

Berapakah harganya nantu apabilan dilancarkan kelak? Adakah di bawah RM 100,000? Apapun, kita tunggu saja sebarang pengumuman daripada Proton.

Auto Shanghai 2025 Auto Terkini EV Geely Auto Geely Geometry Geely Xingyuan Kenderaan Elektrik (EV) Proton e.MAS 5 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

10/04/2026
Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

10/04/2026
Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
Auto Terkini

MOT: e-Hailing Digalak Peluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

10/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.