PROJEK pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang akan bermula pada Januari 2025 menerima peruntukan RM2.1 bilion dan dijangka mengambil masa selewat-lewatnya 48 bulan (empat tahun) untuk siap sepenuhnya.
Projek ini juga adalah salah satu komitmen AFA Infrasturcture and Development Sdn Bhd (AFA) bagi meningkatkan lagi kesalinghubungan dan keselamatan di lebuh raya tersebut.
Projek itu juga dapat menangani isu kesesakan dan cabaran keselamatan di salah satu lebuh raya paling sibuk di Malaysia, termasuk meningkatkan kecekapan perjalanan, mengurangkan risiko kemalangan, dan merangsang aktiviti ekonomi sepanjang Pantai Timur.
Berikut penambahbaikan utama yang bakal dilaksanakan:
- Pelebaran dari tiga lorong dua hala kepada empat lorong dua hala dengan terowong dua lorong baharu dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah.
- Penambahbaikan dua lorong dua hala kepada tiga lorong dua hala dari Genting Sempah ke Plaza Tol Bentong.
- Memperkenalkan langkah keselamatan seperti penstabilan cerun, sistem pengurusan trafik dipertingkat, dan bahu jalan lebih luas untuk menyokong pengurusan insiden lebih baik.
Leave a Reply