Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Pro dan Kontra | Volkswagen Tiguan (2018), Generasi Baharu yang Kini Lebih Luas
Roda4

Pro dan Kontra | Volkswagen Tiguan (2018), Generasi Baharu yang Kini Lebih Luas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Tiguan generasi kedua sudah beralih kepada platform baharu dan kali ini saiz kenderaan utiliti crossover (CUV) ini tampil lebih besar.

Tiguan edisi awal mempunyai kitaran produk yang terlalu lama yang mana generasi pertama berlangsung selama 10 tahun. Cuma sedikit penambahbaikan dilakukan dalam tempoh pertengahan, tetapi tidak pernah melalui proses rekabentuk semula sehingga kini.

BACA >>> Volkswagen Tiguan Wild dengan Kit Aksesori Khas – Cuma Tambah RM5,099

Kebanyakan asas dan karakter model itu masih sama sejak beberapa tahun lalu, termasuk mengalami pelbagai insiden secara tidak langsung. Mengimbas semula penghujung 2017, Tiguan generasi kedua sudah memperbaiki dua masalah besar, iaitu ruang penumpang sempit dan kandungan versi standard yang lemah.

Kini, segmen CUV terbaharu itu memberikan gaya pemanduan yang lebih baik dari segi kelincahan dan ketenangan ketika mengambil selekoh. Model Tiguan baharu itu juga kali ini memberikan fiil pemanduan seperti Golf dan semestinya sesuatu yang sangat baik.

PRO

1. KINI SAIZ LEBIH PRAKTIKAL

Antara masalah utama generasi terdahulu ialah dimensi kecil, terutama apabila dibandingkan dengan model pesaing. Model 2018 menampilkan rekaan semula sepenuhnya. Panjang Tiguan (2018) ditingkatkan kepada 269mm dan jarak roda kepada 185mm. Lebar kereta juga ditingkatkan, sekali gus memberikan lebih ruang kabin dengan tambahan kapasiti but 2080 liter, terbaik dalam kelas.

Panjang crossover ini juga mampu memuatkan baris tempat duduk ketiga yang didatangkan standard bagi model pacuan tayar depan (FWD) dan ditawarkan sebagai opsyen untuk varian pacuan semua roda (AWD). Bagaimanapun kerusi baris ketiga ini sesuai dan selesa untuk saiz kanak-kanak sahaja.

2. PEMANDUAN LEBIH DINAMIK

Tiguan generasi pertama terkenal dengan tahap kesenyapan dan kelancaran pemanduan. Walaupun dipandu di lebuh raya, kurang bunyi terhasil dan crossover ini mampu dipandu atas permukaan rupa bumi tidak rata tanpa memberi sebarang impak negatif ke atas casis.

Tiguan (2018) turut meneruskan tradisi sama, malah ditambah baik. Suspensi ditala baik atas platform baharu, MQB yang turut menawarkan kualiti pemanduan moden yang lebih sofistikated. Karakter dan fiil pemanduan daripada Golf yang dipadukan bersama ciri Tiguan menyerlahkan profil jentera yang tegap dan tenang.

3. KEMASAN DALAMAN GAYA EROPAH

Rekaan papan pemuka Tiguan (2018) menampilkan gaya Eropah dengan rupa hebat dan kokpit maya fungsional untuk varian paling premium. Secara keseluruhan, crossover ini tampak menarik, dan meyakinkan.

4. CIRI MODEN

Teknologi terkini seperti Android Auto/Apple CarPlay, sistem mula-henti (strat-stop), kamera sandaran, dan sistem brek pra perlanggaran (PCB) ialah standard untuk semua varian Tiguan (2018). Selain itu, pemilik turut ditawarkan teknologi keselamatan yang lebih diperlukan seperti pakej Bantuan Pemandu seperti Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi henti-dan-gerak (stop-and-go), dan bantuan pra-perlanggaran depan (FCA) dengan pemantauan pejalan kaki.


KONTRA

1. KUASA ENJIN DIKURANGKAN

Tiguan (2018) menggunakan enjin baharu 2.0L pengecas turbo dengan transmisi automatik 8-kelajuan sebagai satu-satunya opsyen. Walaupun menghasilkan kurang kuasa kuda, iaitu 184hp berbanding model terdahulu (200hp), tork 299Nm juga tidak mengujakan. Namun, enjin baharu kini nampaknya beraksi lebih relaks ketika pecutan segera diperlukan. Malah aspek pengendalian, terutama ketika cuba menukar lorong di lebuh raya, juga sedikit sukar.

2. REKAAN LUARAN SANGAT RINGKAS

Masih menampilkan rekabentuk klise model Volkswagen. Bahasa rekabentuk luaran tidak begitu rapi menerusi penggunaan garis bersih dan sentuhan rekaan radikal yang minimal. Namun, sesetengah peminat melihat model ini sebagai cukup classy, dan merentas zaman, manakala selebihnya berpendapat ia agak bosan dan terlalu umum.

3. KURANG JIMAT MINYAK

Tiguan (2018) AWD menampilkan angka penggunaan bahan api 8.92km/liter bagi pemanduan urban, 11.47km/liter (lebuh raya) dan 9.77km/liter (urban/lebuh raya). Namun, angka itu tidak membantu Tiguan (2018) berada pada kedudukan lebih kompetitif berbanding model pesaing lain yang mampu menawarkan penjimatan bahan api lebih baik.

Sebagai perbandingan, model Honda CR-V AWD berenjin turbo 1.5L menawarkan penjimatan 11.47km/liter untuk pemanduan urban, 14.02km/liter (lebuh raya) dan 12.32km/liter (urban/lebuh raya).

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Crossover CUV Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Volkswagen Volkswagen Tiguan (2018) vw
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.