Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Renault CLIO GT LINE (2015) – RM118,000
Roda4

PREVIU: Renault CLIO GT LINE (2015) – RM118,000

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/09/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Renault-CLIO-GT-LINE-pandulajudotcom-01

BAGI peminat Renault yang mahukan gaya sporty, tetapi tidak pula memerlukan model R.S berprestasi tinggi, Renault CLIO GT LINE mungkin boleh dijadikan pilihan.

Memahami keperluan itu, TC Euro Cars memperkenalkan CLIO GT LINE yang hadir dengan enjin bersesaran 1.2L Turbocharged.

Jadi, apa beza antara CLIO R.S dan CLIO GT LINE? Secara luaran, rekabentuknya adalah hampir sama. Perbezaan ketara adalah aspek mekanikal.

Renault-CLIO-GT-LINE-pandulajudotcom-11HARGA:

  • Renault CLIO GT LINE – RM118,000 (Anggaran)

4 WARNA MENARIK:

Dijangka berada di pasaran bermula suku ke-4 2015, model hatchback ini didatangkan dalam empat warna iaitu merah (Flame Red), hitam (Diamond Black), putih (Glacier White) dan biru (Malta Blue).

Walau bagaimana, harga bagi warna merah adalah RM5,000 lebih mahal. Sebab? Kami dimaklumkan ia menggunakan kualiti cat lebih berkualiti.

Renault-CLIO-GT-LINE-pandulajudotcom-06PRESTASI:

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Bursa (Turki), model kompak ini dijana unit enjin Turbo Control Efficiency atau TCe 120 Renault bersesaran 1.2L. yang memiliki prestasi yang sama seperti enjin aspirasi biasa 1.8L.

Hasil bantuan kotak gear transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 118hp pada 4,900rpm dan tork puncak 190Nm (2,000rpm).

Pecutan dari sifar sehingga 100kmj mampu dibuat sepantas 9.4 saat dengan kelajuan maksimum 199kmj. Pada masa sama, ia juga menawarkan penjimatan sehingga 5.2L/100km  dan emisi  CO2 serendah 120g/km.

Renault-CLIO-GT-LINE-pandulajudotcom-02LUARAN:

Wajah jentera ini diserlahkan menerusi lampu utama – bahagian bawahnya dipasang dengan kemasan krom serta satu set lampu nyalaan siang LED yang lebar.

Bahagian belakang pula hadir dengan rekabentuk bampar yang istimewa menampilkan spoiler sporty. Untuk tampak lebih garang, bahagian roda didatangkan dengan rim aloi khas bersaiz 17 inci.

DALAMAN:

Memasuki ruang dalaman, ia tampak ringkas. Hanya ada sistem multimedia di bahagian tengah papan pemuka. Sebagai tambahan, sistem audio dilengkapi sistem Renault Bass Reflex.

Renault-CLIO-GT-LINE-pandulajudotcom-14

Sistem bunyi pintar ini diintegrasikan bersama unit pembesar suara pada pintu hadapan dan mampu menyalurkan volum dan kepuasan mendengar seperti sistem teater rumah.

KESELAMATAN:

Aspek keselamatan pula, CLIO GT LINE diiktiraf 5-bintang daripada EuroNCAP. Antara ciri keselamatan yang ada adalah; Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Mula Mendaki, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Bantuan Brek Kecemasan.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Renault CLIO GT LINE, layari www.renaultclio.com.my/gtline atau www.renault.com.my

Kereta Pandu uji Renault CLIO GT LINE Renault Clio RS TC Euro Cars
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.