• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: MINI Cooper S 5-Pintu (2014) - Harga jualan bermula RM238,888

PREVIU: MINI Cooper S 5-Pintu (2014) - Harga jualan bermula RM238,888

November 13, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

BMW 05MINI Malaysia secara rasminya memperkenalkan MINI 5-pintu baharu yang  menjadi model lima pintu pertama dalam segmen kereta kecil.

Dengan mengekalkan  pengalaman pemanduan MINI yang sama seperti go-kart, pengenalan model ikonik itu mampu menawarkan keseronokan pemanduan, kecekapan, keselesaan, keselamatan, ketersambungan serta praktikaliti.

Berbanding MINI tiga pintu, dimensi luaran model generasi ketiga itu ditambah dengan perkadaran yang tepat. Biarpun mengekalkan elemen-elemen rekaan MINI yang tersendiri seperti unjuran pendek dan bonet hadapan yang berbentuk seperti cengkerang,

Tubuh badan MINI Cooper S 5-Pintu baharu adalah sepanjang 3,982mm, 1,727mm (lebar) dan memiliki ketinggian 1,425mm. MINI Cooper S 5-Pintu baharu adalah 16 inci lebih panjang berbanding MINI asal. Bukan itu sahaja, ruang kargo turut meningkatkan sebanyak 67L, menjadikannya menjadi 278L.

LUARAN – Kekal Ikonik

Melihat rekabentuk luaran, MINI Cooper S 5-Pintu baharu diserlahkan  dengan gayaan MINI yang sudah terkenal. Ia mudah dikenali menerusi rekaan gril radiator dengan corak sarang lebah dan lampu utama eliptikal yang klasik. Ia juga dilengkapi lampu nyalaan siang dan lampu utama LED, serta lampu kabus.

P1240719P1240706    P1240710P1240713Tampak lebih garang, MINI Cooper S 5-Pintu menampilkan rim dua tona Roulette Spoke bersaiz 17 inci yang dibaluti dengan tayar jenis run-flat.

DALAMAN - Mewah

Menjengah ke ruang kabin, MINI Cooper S 5-Pintu menampilkan ambien dalaman premium dan pada masa sama turut mengekalkan garis-garis rekaan yang tepat dengan kombinasi warna dan material mewah.

P1240723P1240721    P1240732

P1240734    P1240733The New MINI 5-Door (1)Selain itu, ia juga menampilkan upsholteri kulit berwarna hitam (Cross Punch Carbon Black) bersama tempat duduk sports bagi pemandu dan penumpang hadapan.

Rekaan sporty ruang kabin turut disempurnakan bersama kehadiran stereng multi fungsi MINI John Cooper Works dengan jahitan benang berwarna merah dan sulaman logo JCW pada bahagian bawahnya.

PRESTASI – Enjin Kekal

Aspek mekanikal pula, ia dijana unit enjin petrol MINI TwinPower Turbo Technology bersesaran 2.0L yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 192hp dan tork 280Nm. Untuk makluman, ia adalah enjin sama yang diperkenalkan pada model MINI 3-Pintu awal tahun ini.

Hadir bersama transmisi sports automatik 6-kelajuan, jarak dari keadaan statik sehingga 100kmj mampu dicatatkan sepantas 6.8 saat dengan kelajuan maksimum 230kmj. Biarpun dijana enjin berkuasa tinggi, ia tetap menawarkan bacaan penggunaan bahan api sekitar 5.5L bagi setiap 100km dengan tahap emisi  129g/km.

The New MINI 5-Door (2)The New MINI 5-Door (3)    The New MINI 5-Door (5)The New MINI 5-Door (4)MINI Cooper S 55-Pintu hadir dalam tujuh warna menarik dengan tambahan warna biru (Electric Blue) sebagai warna baharu MINI. Manakala bahagian bumbung, perumah cermin sisi dan garis pada bonet pula didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam atau putih.

Dijual pada harga RM238,888 (tidak termasuk insurans), MINI Cooper S 5-Pintu didatangkan bersama pakej program MINI Service Inclusive yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan lebih komprehensif selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 50,000km.

Jika anda berminat dan mahu memandu ujinya, model baharu itu akan berada di semua pengedar sah MINI di seluruh negara bermula 15 dan 16 November 2014 hadapan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Mini Cooper S 5-Pintu dilancarkan, Mini Cooper S Generasi Ketiga, Mini kekal ikonik, Mini Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev