Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Presiden Duterte Lulus ‘Doble Plaka’, Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!
Auto Terkini

Presiden Duterte Lulus ‘Doble Plaka’, Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!

AryonBy Aryon14/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA buruk buat penunggang motosikal di Filipina apabila Presiden Duterte pada 8 Mac lalu akhirnya bersetuju meluluskan dan menandatangani Akta Pencegahan Jenayah Motosikal berasaskan Rang Undang-Undang Senat 1397, diusul Senator Richard Dick Gordon dan Vicente Tito Sotto III.

Di bawah ini ialah salinan dokumen yang disiarkan kepada umum, bertarikh 14 Mac.

Menurut akta itu, dinamakan Akta Republik 11235, penunggang motosikal, digelar ‘Undang-Undang Doble Plaka’, diwajibkan memasang plat nombor besar di depan dan belakang (lihat contoh foto utama) tanpa mengira jenis motosikal, kecil atau besar, atau bersedia didenda hingga 100,000 peso (RM7,700) dan dipenjara jika melanggar undang-undang tersebut.

Di bawah Seksyen 5 akta sama, Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) ditugaskan untuk mengeluarkan plat nombor tersebut untuk setiap motosikal yang mesti boleh dibaca dari jarak sekurang-kurangnya 5 meter. LTO juga akan menyediakan skema warna untuk setiap daerah mengikut tempat pendaftaran motosikal.

BACA >>> Penunggang Filipina Bantah Undang-Undang Nombor Plat Motor Terlajak Saiz

Juga akta sama, di bawah Seksyen 9, apabila sesebuah motosikal menggunakan aksesori itu (plat nombor itu) ketika melakukan jenayah,  maka pelaku termasuk pemilik akan bertanggungjawab dan akan dihukum hingga ke ‘Reclusion Perpetua’, iaitu istilah khas untuk jenis hukuman penjara berat hingga maksimum 40 tahun!

Bertabahlah penunggang motosikal Filipina sekalian. Boleh jadi ini saja cara yang difikirkan terbaik bagi pihak Kerajaan untuk menangani kes jenayah bermotosikal yang membimbangkan di negara tersebut.  Mungkin inilah dinamakan, dek nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Dek angkara penjenayah 3-4 kerat, habis seluruh rider sefilipina perlu bergaya dengan motosikal nombor plat besar gedabak.

Bersyukurlah kita baru setakat signal saja dicapangkan. Itupun boleh modify buang.

SUMBER: MotoPinas

Auto Terkini Doble Plaka Filipina Nombor Plat Saiz Gergasi Reclusion Perpetua Undang-Undang Pencegahan Jenayah Filipina
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.