ISU gangguan tren RapidRail menjadi isu tegempar sejak Sabtu lalu sebelum mencapai kemuncak pada awal pagi ini dengan tindakan menggantung perkhidmatan 16 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya.
Tindakan menghentikan khidmat tren membabitkan 16 stesen itu menjejaskan kira-kira 200,000 pengguna sehari. Kesan penutupan sementara servis tren turut menyebabkan kesesakan trafik teruk sekitar ibu negara.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah bersama pasukan Rapid (rel dan bas) tampil menjelaskan situasi sebenar.
BACA >>> Nahas LRT: Keluarga Mangsa Tuntut Prasarana Bayar Ganti Rugi 1.8 Juta
BACA >>> Pengerusi Prasarana 'No Wonder' Kena Pecat!
PENGGANTUNGGAN 16 STESEN LRT LALUAN KELANA JAYA
Mohd Azharuddin menjelaskan:
- Gangguan bermula Sabtu (5 November) lalu, berpunca daripada Sistem Kawalan Automatik Tren (ATC) yang tidak stabil.
- Siasatan awal mendapati berlaku gangguan membabitkan komponen elektronik ATC yang menyebabkan kehilangan signal antara Pusat Kawalan dan tren, sekali gus tren gagal beroperasi secara automatik antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.
- Perkara itu memberi kesan tidak langsung kepada jadual perkhidmatan Laluan LRT Kelana Jaya.
- Perkhidmatan bas percuma disediakan untuk mengurangkan kesesakan di stesen LRT.
- Polis bantuan dihantar ke stesen kritikal untuk mengawal keadaan.
BUKAN SEMUA STESEN LRT TERLIBAT
- Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang masih beroperasi hanya dari Stesen LRT Gombak ke Stesen LRT Damai, dan dari Stesen LRT Lembah Subang ke Stesen LRT Putra Heights.
- Semua perkhimatan LRT Laluan Kelana Jaya akan menamatkan operasi lebih awal, iaitu jam 11 malam, bermula hari ini hingga 15 November 2022.
- Waktu dipendekkan untuk memberikan lebih masa kepada pasukan kejuruteraan melakukan kerja retrifikasi dan baik pulih.
APA PUNCA SEBENAR GANGGUAN
Mohd Azharuddin berkata:
Ini masalah serius yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kami masih menyiasat punca sebenar gangguan.
"Pihak RapidRail dibantu satu pasukan khas membabitkan pihak pengilang peralatan asal (OEM) dari Thales Group Toronto, Kanada untuk cari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.
"Ini membabitkan ujian ke atas peranti dan perisian sedia ada. Kami akui terdapat beberapa komponen elektronik ATC dan juga tren yang hampir dan mencapai jangka hayat.
"Selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang, dan masa diambil untuk mengenal pasti punca gangguan, sesi ujian perkhidmatan antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park digantung selama tujuh hari bermula jam 6 pagi hari ini.
KALI PERTAMA BERLAKU, CUKUP RUMIT
Mohd Azharuddin juga mengakui;
Ini masalah kali pertama kami hadapi, masalah rumit yang menjadi sejak Sabtu lalu.
"Pasukan jurutera kami sudah mencari satu solusi. Setiap kali kami buat solusi, ia hanya bertahan satu atau dua hari. Maknanya punca utama kami tidak dapat capai, kenal pasti.
"Kami sudah bekerjasama dengan pakar OEM Thales dari Kanada secara atas talian dan mereka kini sedang bergerak ke KL dari Toronto untuk membantu kami cari penyelesaian.
"Masalah ini adalah mengenai signaling dan komunisi antara tren dan pusat kawalan kenderaan (VCC). Ini perkara penting supaya kami tahu mana lokasi tren berkenaan. Kami terpaksa lakukan ini demi keselamatan semua penumpang dan pengguna."
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RapidRail, Amir Hamdan menjelaskan;
Kami sudah melakukan beberapa ujian berdasarkan manual OEM sejak beberapa hari bermula 5 hingga 7 November 2022 dengan bantuan pihak Thales dari Kanada.
"Kami sudah membuat kerja baik pulih secara bersama untuk perisian dan perkakasan. Membabitkan ujian dan penukaran komponen berkaitan signaling.
"Bagaimanapun, solusi cuma tahan beberapa jam atau hari. Ia tidak stabil untuk kami melakukan perkara sama.
"Kami mengharapkan pihak Thales, seorang dari Kanada dan seorang lagi dari Dubai dapat sama-sama membuat ujian lebih terperinci dan kerja membaik pulih lebih baik bagi menghilangkan terus masalah berkaitan signaling."
APA BEZA MASALAH SEKARANG DAN SEBELUM INI?
- Masalah sekarang VCC. Maksudnya, kali ini membabitkan sistem dan perisian, membabitkan komponen elektrikal dan elektronik.
- Masalah dialami sebelum ini ialah tren. Antaranya takometer dan kaliper brek. Maksudnya membabitkan komponen mekanikal dan bukan sistem yang mengawal pergerakan tren.
BACA >>> Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat
KENAPA SAMPAI 7 HARI?
Mohd Azharuddin menambah;
Kami telah mencari penyelesaian tetapi tidak jumpa punca. Kita tunggu pakar dari Kanada untuk hadir, sehari dua ini dan esok akan tiba.
"Kami perlu sedikit masa untuk menilai apa masalah sebenar dan mencari punca asas serta membuat ujian tren kami dalam keadaan mampan.
"Sebelum kami mula balik operasi 16 stesen ini, kami mahu memastikan kami mampu mengendalikan tren dengan selamat dan berterusan. Kami tidak mahu memulakan operasi pada pagi dan petang kerana terpaksa hentikan perkhidmatan.”
PENGANGKUTAN BAS ALTERNATIF
CEO RapidBus. Muhammad Yazurin Sallij berata, ada lima laluan perjalanan bas disediakan untuk alternatif berikutan gangguan perkhidmatan tren. Menurutnya;
- 69 unit bas dikerah setakat jam 9 pagi tadi.
- Maksimum bas dijangka dikerah antara 80-85 unit.
Lima laluan bas alternatif:
- Dari Ara Damansara terus ke Pasar Seni melalui Lebuhraya Persekutuan.
- Bas shuttle dari Ara Damansara ke Kelana Jaya, tidak melalui Lembah Subang.
- Stesen Kelana Jaya ke Pasar Seni, akan lalu semua stesen antara Kelana Jaya dan Pasar Seni. Pengguna Stesen Universiti dan Kerinci perlu tunggu di seberang jalan (bukan di stesen).
- Shuttle Pasar Seni ke Masjid Jamek.
- Dari Masjid Jamek ke Damai, akan lalu semua stesen.
Kadar kekerapan bas dijangka antara 15 hingga 20 minit. Buat masa ini, ada 73 bas disediakan sebagai bas alternatif di lima laluan berkenaan.
ADA PAMPASAN TAK?
- Mohd Azharuddin menyatakan memang pihaknya ada inisiatif untuk beri pampasan kepada penumpang terjejas tetapi perkara itu akan diperjelas nanti.
SOLUSI JANGKA PANJANG
- Perlu tukar ATS. Sudah mendapat kelulusan dan peruntukan untuk penukaran tersebut dan dijangka dilakukan selepas ini.
LALUAN KELANA JAYA USANG
Mohd Azharuddin mengakui laluan tren Kelana Jaya sudah usang dan perlu pembaharuan dengan berkata;
- Sudah beroperasi sejak 25 tahun lalu dan sistem semakin tua.
- Perlu penukaran semua bahagian membabitkan tren dan sistem.
- Sudah tiba masa bertukar dan memang ada rancangan untuk tukar. Insiden berlaku mengejutkan Prasarana dan amat serius.
- Masih mengkaji semua kemungkinan, tetapi apa yang diketahui adalah sistem semakin usang.
- Tren baharu akan tiba Julai 2023. Masalah berlaku ini bukan berpunca daripada penggunaan tren baharu.
- Kelulusan diberi untuk menaik taraf fasa 1 adalah pada Oktober lalu dengan peruntukan RM150 juta.
BACA >>> Ponteng Sekolah Sebab Kereta Api Tak Berhenti, KTMB Gantung Tugas Staf Terlibat
BACA >>> China Debut Kereta Api Terpantas Dunia, Kelajuan Cecah 600kmj!
Leave a Reply