Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Porsche, Embraer Tawar Pakej ‘Duet’, Beli Jet Dapat 911 Turbo S dengan Harga RM45j!
Auto Terkini

Porsche, Embraer Tawar Pakej ‘Duet’, Beli Jet Dapat 911 Turbo S dengan Harga RM45j!

Azizi HBy Azizi H16/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR kereta sport dari Jerman, Porsche bekerjasama dengan konglomerat aeroangkasa dari Brazil, Embraer untuk menawarkan pakej ‘Duet’, iaitu tawaran 911 Turbo S apabila membeli jet peribadi edisi terhad Phenom 300E.

911 Turbo S adalah antara kereta jalanan terpantas dunia yang boleh dimiliki buat masa ini. Model sport pacuan enjin belakang ini dijana enjin 6-silinder sebaris pengecas turbo berkuasa 640hp dengan pecutan 0-100kmj  sepantas 2.2 saat.

Phenom 300E pula jet pilot-tunggat terpantas dengan kelajuan maksimum 464 knot atau 860kmj. Ia juga pesawat udara dengan jarak penerbangan jauh yang mampu membawa lima penumpang sejauh 3,722km di udara dengan tingkap terbesar dalam kelas.

BACA >>> Porsche 911 Carrera S dan Carrera 4S Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM1.15 juta

Jika beli pakej ‘Duet’, dua kenderaan itu akan mendapat cat dwi-tona khas yang menggabungkan warna Platinum Silver Metallic (perak) dan Jet Gray Metallic (kelabu). Jalur trim krom menyerlahkan lagi kemasan kelabu.

Menjengah ruang kabin kereta, kelihatan banyak sentuhan unik seperti nombor pendaftaran individu pesawat, dan sil pintu cahaya merah bertulis ‘No Step’ seperti ditemui sayap pesawat.

Sebagai tambahan, kabin Porsche dihasilkan secara buatan tangan sentuhan divisyen khas Porsche Exclusive Manufacktur dengan kemasan kulit hitam dwi-tona dan kapur eksklusif bersama sulaman benang biru. Pelapik kepala Alcantara, dekorasi gentian karbon, dan stereng dwi-tona melengkapkan visual moden model tersebut.

911 Turbo S bukan satu-satunya produk yang anda dapat daripada pakej ‘Duet’ itu. Ada set bagasi kulit buatan tangan juga bakal dimiliki. Embraer pula memberikan jam tangan edisi istimewa, 1919 Globetimer UTC.

Pakej ini cuma ditawarkan 10 unit sahaja. Jadi berapakah harganya?

Tiada angka rasmi diberikan, tetapi varian premium 911 Turbo S (2021) berharga hampir AS$300,000 (RM1.23 juta), manakala Phenom 300E dijangka bernilai lebih AS$10 juta (RM41.2 juta). Jika mengambil pakej ‘Duet’, nilai keseluruhan mungkin mencecah AS$11 juta (RM45.3 juta).

Berbaloi tak?

SUMBER: TheNewsWheel

1919 Globetimer UTC Auto Terkini Embraer Embraer Phenom 300E Pakej 'Duet' Porsche Porsche 911 Turbo S Roda4
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    29/05/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.