Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Porsche Dedah Foto Acah 911 Baharu, Mungkinkah GT3 Cabriolet Paling Tulen?
Roda4

Porsche Dedah Foto Acah 911 Baharu, Mungkinkah GT3 Cabriolet Paling Tulen?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam10/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Foto acah Porsche 911 GT3 Cabriolet baharu

PENGELUAR supercar, Porsche sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat model prestasi apabila mendedahkan foto acah rasmi untuk varian baharu 911 yang dijadual diperkenalkan minggu depan.

Menerusi imej acah dikongsikan itu, model tersebut masih dilitupi kain hitam, tetapi beberapa petunjuk awal cukup untuk mencetuskan spekulasi itu mungkin Porsche 911 GT3 Cabriolet.

Bumbung Cabriolet, Skup Bonet Gaya GT3

Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche

Daripada siluet dipaparkan, jelas kelihatan garisan atas cermin depan yang menyerupai sambungan bumbung boleh buka, sekali gus memberi bayangan model tersebut adalah versi drop-top.

Pada masa sama, bentuk bonet seakan menunjukkan kehadiran skup gaya GT3, iaitu satu elemen yang biasa dikaitkan dengan model prestasi tinggi Porsche.

Mungkin Guna Enjin Flat-Six 4.0L Berkuasa 502hp

Porsche 911 GT3

Jika benar itu GT3 Cabriolet, model tersebut berkemungkinan besar menggunakan enjin aspirasi natural (NA) 4.0L flat-six yang sama seperti GT3 sedia ada.

Unit itu ketika ini menghasilkanoutput kuasa sekitar 502hp, selain dijangka terus menawarkan pilihan transmisi manual 6-kelajuan, sesuatu yang pasti menggembirakan peminat pemanduan tulen.

Fokus Pengalaman Pemanduan

Porsche 911 GT3 dengan kit Manthey

Porsche menggambarkan model baharu itu sebagai sebuah kereta yang menawarkan ‘kenikmatan pemanduan sejati’ (pure driving pleasure), selain disifatkan sebagai kereta sport yang sangat menyeronokkan untuk dipandu.

Frasa itu sendiri memberi petunjuk model berkenaan mungkin memberi penekanan kepada pengalaman pemanduan analog, pengendalian tajam dan hubungan terus antara pemandu dengan jentera.

Pelancaran Rasmi Minggu Depan

Semua persoalan dijangka terjawab pada 14 April nanti apabila Porsche secara rasmi memperkenalkan model 911 baharu itu pada jam 10 pagi menerusi saluran YouTube rasmi jenama berkenaan.

Buat masa ini, peminat hanya mampu meneka sama ada itu benar-benar GT3 Cabriolet atau satu lagi varian istimewa dalam famili 911 yang semakin berkembang.

SUMBER: Motor1.com

Foto Acah Foto Acah Porsche 911 GT3 Cabriolet Porasche Malaysia Porsche Porsche 911 Porsche 911 GT3 Porsche 911 GT3 Cabriolet Porsche Germany Roda4 teaser
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.