• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche 718 Cayman GT4 RS (2022) Masuk Malaysia, Harga RM1.55j!

Porsche 718 Cayman GT4 RS (2022) Masuk Malaysia, Harga RM1.55j!

December 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORSCHE Malaysia mengumumkan ketibaan model sport prestasi tinggi Porsche 718 Cayman GT4 RS (2022) ke pasaran tempatan seiring pembukaan Pusat 4S Porsche Centre Johor Bahru,  hari ini pada harga RM1,550,000.

Porsche 718 Cayman GT4 RS (2022) ialah jentera tanpa kompromi yang direka untuk keterujaan pemandu dengan binaan ringan, casis tangkas, dan aerodinamik berserta deruman bunyi stratosfera.

Berikut perincian Porsche 718 Cayman GT4 RS (2022) :

  • Trenkuasa 6-silinder sebaris aspirasi natural (NA) 3,996cc dengan 4-injap setiap silinder dan sistem penyejukan cecair berkuasa 493hp @ 9,000rpm dan tork 450Nm.
  • Kepala dan blok enjin jenis aluminium. Enjin diposisikan di tengah dengan sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Hadir dengan gaya RS. Model sport perlu diisi menggunakan bahan api RON98, manakala kapasiti tangki minyak 64 liter.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.4 saat, manakala 0-160kmj cuma 7.1 saat dan 0-200kmj memerlukan 10.9 saat. Kelajuan maksimum 315kmj.
  • Penggunaan bahan api 17.4 liter per 100km (bandar), 9.3 liter per 100km (bandar dan sedikit pecutan di lebuh raya) dan 12.3 liter per 100km (gabungan penggunaan bahan api).
  • Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan kawalan manual menerusi pedal syif dengan selektor gear GT, termasuk mod automatik.
  • Didatangkan proses aliran ambilan udara di belakang tingkap pemandu dan penumpang. Sistem ambilan udara baharu meningkatkan aliran udara dan menghasilkan bunyi deruan mendebarkan.
  • Ada dua kerusi jenis semi-buket.
  • Berat 1,415kg, termasuk berat isian minyak penuh.
  • Sistem brek cakera komposit 408mm dengan kaliper monoblok aluminium 6-piston (depan), dan brek cakera 380mm dengan kaliper 4-piston (belakang). Kaliper brek diwarnakan merah.
  • Ada spoiler belakang baharu jenis kekal dan spoiler badan yang membantu menambah baik aspek aerodinamik dengan menjana kira-kira 25 peratus tambahan daya mendap (down force) berbanding GT4 (untuk mod Performance).
  • Maklumat lanjut boleh layari Porsche.com.

BACA >>> 7 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Tentang Pusat 4S Porsche Centre Johor Bahru
BACA >>> Porsche 911 Sally Special yang Cuma Seunit Sahaja di Dunia Ini Dijual RM16.2 Juta!
BACA >>> Porsche Panamera (2021) Facelift Kini di Malaysia, Harga RM1 Juta!

Porsche 718 Cayman GT4 RS-14
Porsche 718 Cayman GT4 RS-13
Porsche 718 Cayman GT4 RS-2
Porsche 718 Cayman GT4 RS-10
Porsche 718 Cayman GT4 RS-16
Porsche 718 Cayman GT4 RS-9
Porsche 718 Cayman GT4 RS-5
Porsche 718 Cayman GT4 RS-12
Porsche 718 Cayman GT4 RS-6
Porsche 718 Cayman GT4 RS-7
Porsche 718 Cayman GT4 RS-15

Artikel Berkaitan

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: autoterkini, Porsche 718 Cayman GT4 RS (2022), Porsche Malaysia, Roda, Roda4, Sime Darby Auto Performance (SDAP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
    Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
    DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
  • Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih
    Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my