Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S – Badan Kecil, Kuasa Besar!
Roda4

Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S – Badan Kecil, Kuasa Besar!

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PORSCHE Cayman adalah antara model istimewa dalam barisan produk Porsche dan diposisikan sebagai model permulaan atau entry level bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan jenama kereta mewah dari Jerman itu. Selain Boxster, Cayman boleh dianggap sebagai model Porsche paling mampu milik.

Namun, itu bukan bermakna Porsche menganaktirikan Cayman kerana dua model baharu itu, 718 Cayman dan 718 Cayman S nyata tampil hebat selepas dilancarkan Sime Darby Auto Performance (SDAP) selaku pengimport dan pengedar kenderaan Porsche di Malaysia. Menarik mengenai kedua-dua model itu adalah masing-masing dilengkapi enjin baharu yang lebih kecil, 2.0L dan 2.5L, tetapi lebih berkuasa!

Mari kita lihat ciri dan spesifikasi yang ada pada Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S:

Enjin dan Transmisi
  • Porsche 718 Cayman – enjin 4-sebaris 2.oL turbo, 300hp, transmisi PDK dengan pakej Sports Chrono.
  • Porsche 718 Cayman S – enjin 4-sebaris  2.5L turbo Geometri Turbin Variabel (VTG), 350hp (25hp lebih berkuasa).
Kelajuan Maksimum
  • Enjin Cayman dilengkapi Dynamic Boost untuk pecutan pantas dan respon segera.
  • Porsche 718 Cayman – 0-100kmj dalam masa 4.7 saat (0.7 saat lebih pantas), kelajuan maksimum 275kmj
  • Porsche 718 Cayman S – 0-100kmj dalam masa 4.2 saat (0.5 saat lebih pantas), kelajuan maksimum 285kmj
  • Kelajuan maksimum boleh ditambah melalui mod Sport dengan fungsi Pengurusan Stabiliti Porsche (Porsche Stability Management – PSM).
Sistem Pengendalian
  • Porsche 718 Cayman – Opsyen Pengurusan Suspensi Aktif Porsche (Porsche Active Suspension Management – PASM) untuk pengendalian lebih mantap, lebih rendah 10mm berbanding ketinggian standard.
  • Porsche 718 Cayman S – lebih rendah 20mm dengan suspensi sport PASM.
  • Spoiler belakang Porsche 718 Cayman beroperasi automatik pada kelajuan bermula 120kmj.
Bahan Api Ekonomi
  • Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S lebih ekonomi menerusi pengguanaan standard Kitaran Pemanduan Eropah Baru (New European Driving Cycle – NEDC).
  • Porsche 718 Cayman dengan transmisi PDK mencatatkan penggunaan minyak 6.9 liter per 100km.
  • Porsche 718 Cayman S pula 7.3 liter per 100km.
Teknologi Infotainment dan Komunikasi
  • Panel meter dan papan pemuka direka semula.
  • Stereng sport lebih kecil, diadaptasi daripada Porsche 918 Spyder.
  • Skrin warna 4.6-inci sebelah takometer (RPM).
  • Sistem PCM dengan skrin sentuh 7-inci.
  • Ada ciri Connect, navigasi dan Connect Plus.
  • Ada sambungan USB untuk iPod dan fungsi Apple CarPlay serta kawalan suara
Teknologi Keselamatan
  • Sistem kawalan jelajah (cruise control) mampu memperlahankan kereta apabila tetapan kelajuan dicapai. Contohnya, ketika memandu menuruni bukit.
  • Sistem Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) ada ciri luncur atau coast, di mana apabila anda memandu secara di belakang kenderaan depan, klac akan berada pada posisi coast atau bebas yang dapat menjimatkan penggunaan minyak.
  • Fungsi bantuan tukar lorong (lane change assist) akan mengawasi kenderaan belakang dan kawasan titik buta melalui radar sebelum memberikan amaran kepada pemandu dengan kelipan lampu LED di pilar A sebelah pemandu dan penumpang depan.
Harga dan Jaminan
  • Porsche 718 Cayman – RM530,000
  • Porsche 718 Cayman S – RM700,000
  • Pembeli berminat boleh menempah khas (custom) kereta mereka mengikut cita rasa peribadi.
  • Harga adalah termasuk duti, kecuali caj pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Sama seperti kenderaan Porsche lain, SDAP menawarkan pakej pembelian berserta empat tahun waranti, termasuk penyenggaraan percuma seperti servis, peralatan dan kos buruh.

PORSCHE 718 CAYMAN

PORSCHE 718 CAYMAN S

Kereta Sport Porsche Porsche 718 Cayman Porsche 718 Cayman S Porsche Cayman Roda4 SDAP SIME Darby Auto Performance
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.