• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tangkap Lelaki Tayang 'Punai' dalam MRT

Polis Tangkap Lelaki Tayang 'Punai' dalam MRT

December 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM ini, tular cerita di media sosial tentang seorang lelaki didakwa sengaja menunjukkan kemaluannya kepada wanita dalam tren Transit Aliran Massa (MRT), 5 Disember lalu.

Mangsa berumur 22 tahun itu kemudian membuat laporan polis kira-kira jam 9.32 malam pada hari kejadian. Perbuatan itu dilaporkan berlaku dalam gerabak MRT dari Stesen Kepong Baru ke Stesen Metro Prima.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, suspek lelaki berumur 31 tahun itu ditahan di Bandar Sungai Long di Kajang kira-kira jam 11.40 malam, semalam.

Beliau berkata;

Mangsa melaporkan perbuatan seorang lelaki tempatan yang menunjukkan kemaluan ke arahnya ketika berada dalam gerabak MRT.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa suspek berada dalam salah sebuah gerabak MRT dari Stesen Kepong Baru ke Stesen Metro Prima di Kuala Lumpur."

Dalam soal siasat, suspek mengaku sengaja menunjukkan kemaluan ke arah pengadu ketika berada dalam gerabak berkenaan.

Ahmad Sukarno menjelaskan;

Semakan mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah lampau. Suspek akan direman bagi membantu siasatan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu tindakan mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud bagi mengaibkan kehormatan seseorang."

Selain itu, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil kerana berkelakuan tidak sopan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahmad Sukarno Mohd. Zahari, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, Auto Terkini, Polis Sentul, Stesen MRT Kepong Baru, Stesen MRT Metro Prima, Transit Aliran Massa (MRT), Tunjuk kemaluan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev