Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Tahan Wira Aeroback Sumbat 11 PATI
Auto Terkini

Polis Tahan Wira Aeroback Sumbat 11 PATI

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize09/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEHEBATAN kereta ikonik keluaran Malaysia, Proton Wira Aeroback sekali lagi terbukti dengan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Burma ditemui berhimpit dalam kereta itu dalam usaha menyeludup masuk negara ini.

Sedan itu ditahan di KM33, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Jitra, Kubang Pasu, Kedah bersama pemandu, juga warga Burma berusia 44 tahun dan pemegang kad paling berkuasa di Malaysia bagi warga asing, iaitu kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

BACA >>> Proton Wira Pertahan Ranking Kereta Nombor Satu Paling Diburu Pencuri Malaysia
 BACA >>> #RetroAuto: Proton Hasilkan 2,500 Unit Wira 1.8L DOHC (C99) Hanya untuk Masuk Rali

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Suprintenden Rodzi Abu Hassan berkata, pemandu itu, yang juga tekong, memandu Proton Wira tersebut yang diperoleh daripada seorang lelaki tempatan di Butterworth, Pulau Pinang.

Semua PATI terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 19-37 tahun, dipercayai memasuki Malaysia pada jam 7 malam melalui Thailand menggunakan bantuan dua lelaki warga Thailand.

Selepas melepasi sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam, dua ejen berkenaan berpatah balik ke Thailand, manakala 11 PATI diambil tekong untuk dihantar ke Butterworth,” katanya.

Bagaimanapun, kehebatan Proton Wira berkenaan membawa 11 penumpang sekali jalan mudah dihidu polis apabila ditahan kira-kira jam 3.30 pagi. Ini kerana hanya tekong tersebut mampu berbahasa Melayu yang memberi alasan disuruh mengambil PATI daripada kawannya, yang juga warga Myanmar.

Rupanya harga perlu dibayar kepada ejen dari Myanmar untuk menyeludup masuk warganya ke Malaysia secara haram cuma RM3,000.  Tekong itu, yang bekerja sebagai buruh binaan di Pulau Pinang, mendakwa dijanjikan upah RM500 untuk melaksanakan tugas berkenaan.

Polis kemudian merampas kereta tersebut, termasuk sebuah telefon bimbit untuk melakukan siasatan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

BACA >>> Proton Wira – The True Fighter!
BACA >>> Proton Wira MDM EVO III – Jangan Berani Main-Main Dengan Jentera Ini !!!

SUMBER: Utusan

Auto Terkini PATI PDRM Pemegang Kad UNCHR Pendatang Asing Proton Wira Aeroback
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.