• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

March 29, 2023 By Shawkath Leave a Comment

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA pekerja bengkel baik pulih kenderaan ditahan kerana dipercayai terbabit kes samun dua premis perniagaan sekitar Parit Sulong di Johor. Kedua-dua suspek ditangkap kira-kira enam jam selepas jenayah berlaku.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, suspek masing-masing berumur 26 dan 29 tahun. Ujian saringan air kencing mendapati masing-masing positif dadah jenis metamfetamin dan benzodiazepin.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
BACA >>> Pemandu Myvi Mengaku Imam Mahdi Positif Dadah

Ismail berkata, polis turut menemui wang tunai RM3,025 bersama parang dan sabit serta beberapa telefon bimbit, dipercayai hasil samun di dua premis tersebut.

Beliau dipetik BHarian berkata;

Semalam (malam Sabtu), tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan dua lelaki memakai helmet dan bersenjata parang dipercayai melakukan samun di Parit Sulong.

"Pada jam lebih kurang 11.30 malam, pihak polis Parit Sulong menerima satu laporan daripada mangsa, iaitu seorang pemilik kedai snuker menyatakan dia disamun dua lelaki tidak dikenali pada jam lebih kurang 9 malam.

"Hari ini (Ahad) lebih kurang 2.30 pagi, satu lagi laporan polis diterima daripada pemilik kedai menjual telefon bimbit dan peralatan komunikasi menyatakan kedainya disamun pada jam lebih kurang 9.30 malam.

"Bertindak atas makluman awam pada jam lebih kurang 3 pagi, dua lelaki warga tempatan berusia 26 dan 29 tahun berjaya ditangkap di kawasan Parit Sulong."

Salah seorang suspek memiliki rekod jenayah lampau. Kedua-dua suspek direman lima hari hingga Khamis ini (esok). Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Ismail berkata;

Sepasukan polis menjalankan siasatan di kedua-dua tempat kejadian dan mendapati seorang pekerja cedera ringan akibat dipukul di kepala oleh salah seorang suspek dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

"Kedua-dua pemilik kedai mengalami kerugian wang tunai selain beberapa telefon bimbit dan peralatan dalam premis turut dirosakkan suspek."

BACA >>> #PanduUji: Nissan Navara Pro-4X (2021), Muka Garang, Selesa Macam Kereta
BACA >>> Pelanggan Samun, Tikam Pemandu e-Hailing Sudah Kena Tahan!

Related

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, benzodiazepin, Ismail Dollah, methamphetamine, Samun Bersenjata

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
    #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev