Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pokok Tumbang Berulang Ganggu Laluan Kereta Api, KTM Desak Tindakan Segera
Auto Terkini

Pokok Tumbang Berulang Ganggu Laluan Kereta Api, KTM Desak Tindakan Segera

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTM Komuter

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengakui insiden pokok tumbang yang kerap berlaku di laluan kereta api kini menjadi ancaman serius kepada kelancaran operasi tren, selepas satu lagi insiden antara Rembau dan Tampin pada Selasa lalu.

Insiden di KM494.25 jam 10.08 pagi itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan menjejaskan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter.

Insiden terbaru itu sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai tahap pengurusan kawasan berhampiran rizab landasan, khususnya membabitkan tanah milik persendirian dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa masih belum mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

Gangguan Perkhidmatan, Kelewatan hingga Dua Jam

Pokok tumbang jejas kelancaran tren KTMB

Susulan kejadian itu, KTM memaklumkan tren hanya dapat menggunakan satu landasan buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan operasi.

Situasi tu menyebabkan kelewatan ketara kepada beberapa perkhidmatan utama, termasuk ETS EG9442 (JB Sentral – Padang Besar) yang lewat sehingga 120 minit, manakala ETS EP9524 (JB Sentral – KL Sentral) dan perkhidmatan KTM Komuter Batu Caves – Tampin – Batu Caves masing-masing lewat sekitar 60 minit.

Menurut KTM, kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang sudah selesai dilaksana, manakala pasukan teknikal kini sedang membaiki sistem elektrik yang terjejas. Usaha itu bertujuan memastikan perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa secepat mungkin.

Pokok dari Luar Rizab KTM, Insiden Berulang

Pokok tumbang jejas kelancaran tren KTMB

Dalam kenyataan rasmi, KTM menegaskan pokok yang tumbang itu berasal dari kawasan luar rizab KTM, bukan dari tanah milik syarikat. Malah, insiden hampir sama turut berlaku pada Disember lalu, yang menyebabkan 12 tiub kantilever rosak, sekali gus membuktikan isu tersebut bukan kes terpencil.

KTM memberi amaran kegagalan mengambil tindakan pencegahan dan pengurusan pokok secara sistematik boleh menyebabkan insiden berulang, seterusnya menjejaskan kelancaran operasi tren, menyebabkan kelewatan berpanjangan dan meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna rel.

Surat Rasmi Dihantar, Maklum Balas Masih Dinanti

Pokok tumbang jejas kelancaran tren KTMB
Pokok tumbang jejas kelancaran tren KTMB

Bagi menangani masalah berkenaan, KTM memaklumkan pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan mengenal pasti pemilik tanah serta pihak berkepentingan yang mempunyai rizab tanah berhampiran laluan kereta api, termasuk pihak berkuasa tempatan, pemilik persendirian dan agensi berkaitan.

Menurut KTM, surat rasmi telah dihantar kepada semua pihak terbabit bagi memaklumkan risiko yang wujud serta keperluan mengambil langkah pencegahan segera. Namun setakat ini, syarikat itu masih belum menerima sebarang maklum balas rasmi daripada pihak-pihak berkenaan.

Tanggungjawab PBT Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan

KTM turut mengingatkan bahawa berdasarkan Seksyen 101(b) dan Seksyen 101(cc/i) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), pihak berkuasa tempatan mempunyai tanggungjawab statutori untuk mengambil tindakan sewajarnya, termasuk memangkas atau menebang pokok yang berisiko mengundang bahaya.

Sehubungan itu, KTM menyeru semua pihak yang bertanggungjawab agar segera melaksanakan langkah pengurusan pokok secara menyeluruh demi mengelakkan kejadian tidak diingini pada masa hadapan, sekali gus memastikan keselamatan serta kebolehpercayaan sistem pengangkutan rel negara terus terpelihara.

SUMBER: FB KTM Berhad

Keretapi Tanah Melayu Berhad ktm intercity KTM Komuter KTMB Landasan keretapi rosak penangguhan jadual tren Pokok Tumbang
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

SUV EV Coupé Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.