Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PMX Umum RON95 Turun kepada RM1.99 Seliter Menjelang Akhir September ini
Auto Terkini

PMX Umum RON95 Turun kepada RM1.99 Seliter Menjelang Akhir September ini

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PMX umum turun harga RON95 kepada 1.99 sen seliter
KERAJAAN memutuskan menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September ini sebagai sebahagian pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi siaran langsung program ‘Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia’ hari ini.

Anwar berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 akan memastikan majoriti rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, terus menikmati harga bahan api mampu milik.

Apa yang pasti, sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, Kerajaan memberi jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas. Bahkan sukacita saya umumkan harga petrol RON95 akan diturunkan untuk rakyat,” katanya.

Langkah itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta pengguna jalan raya termasuk pemandu kereta, penunggang motosikal, golongan belia seawal usia 16 tahun dan pekerja ekonomi gig yang bergantung kepada pengangkutan sebagai sumber pendapatan harian.

Penyasaran Subsidi

Poster subsidi petrol RON95
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar turut menjelaskan penyasaran subsidi penting bagi memastikan sumber kewangan negara digunakan lebih cekap dan saksama.

Pendekatan ini sejajar ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimumkan sumber negara demi manfaat rakyat dan mengurangkan ketirisan serta pembaziran subsidi.

“Pada 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja menelan hampir RM20 bilion setahun. Walaupun harga minyak dunia menurun, harga sebenar RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter;” katanya.

Kepada Rakyat Malaysia Sahaja

Kerajaan turut menegaskan warga asing tidak akan menikmati subsidi tersebut dan perlu membayar harga pasaran penuh bagi petrol RON95.

Langkah berkenaan dilihat inisiatif berani Kerajaan dalam mengimbangi keperluan rakyat dengan keperluan fiskal negara, sambil mengekalkan fokus terhadap kesejahteraan pengguna tempatan.

SUMBER: HMetro

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ron 95 Subsidi Minyak
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.