Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PM: Setiap Negeri Akan Ada Satu Litar Lumba Drag
Auto Terkini

PM: Setiap Negeri Akan Ada Satu Litar Lumba Drag

AryonBy Aryon14/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN merancang membina litar khusus untuk perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran negara dan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Beliau berkata, setakat ini sudah ada dua litar drag dibina, iaitu di Terengganu dan Melaka.

BACA >>> Durian Runtuh, Lelaki Ini Dapat Jual Yamaha RX-Z ‘Biru Bohjan’ RM60k!

Justeru apabila siap kelak semua litar itu akan memberi peluang kepada golongan belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

Ismail Sabri turut menyeru golongan muda menyertai MyFit@Motorsports 2022, iaitu program pembangunan permotoran peringkat akar umbi, melibatkan pembangunan sukan motosikal dan kereta anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Di bawah program itu, peserta berpeluang mendapat pendidikan melalui latihan, kursus dan klinik, sekali gus dapat mencungkil bakat atlet permotoran negara bagi menyertai kejohanan serta perlumbaan peringkat negeri dan nasional.

Menurutnya Kerajaan sentiasa menyokong aktiviti kelab permotoran, terutama dalam menjayakan program amal bagi membantu rakyat ditimpa kesusahan seperti dilanda banjir, bagi mengurangkan aktiviti tidak sihat di jalanan.

Pertubuhan berkaitan permotoran banyak melakukan aktiviti amal. Ketika banjir, banyak kelab motor terlibat dengan kerja pembersihan rumah mangsa banjir.

Kerajaan juga bersedia menaja penganjuran perhimpunan pennunggang setiap tahun

Ismail Sabri berkata demikian ketika merasmikan Program RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Terengganu International Drag Strip di Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.

Pada perhimpunan itu penganjur menawarkan hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal Yamaha R1 1000cc bernilai RM135,000 dan dua Yamaha RX-Z bernilai RM60,000.

BACA >>> Lumba Drag Kawasaki H2R vs Lamborghini Huracan Turbo, Siapa Juara?

BACA >>> #BikinMotor: BMW R18 Jadi Motosikal Drag Sentuhan RSD

KREDIT FOTO: FB Dato’HajiYahayaAli

Auto Terkini MyFit@Motorsports 2022 Program Permotoran sukan permotoran Terengganu International Drag Strip
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.