• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PM Britain Masuk Hospital Selepas 10 Hari Positif Covid-19

PM Britain Masuk Hospital Selepas 10 Hari Positif Covid-19

April 6, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson terpaksa dikejarkan ke hospital malam tadi selepas didapati mengalami simptom Covid-19 berulang. Beliau akan menjalani beberapa ujian kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga atas nasihat doktor.

Johnson, 55, dimasukkan ke hospital di London, yang dirahsiakan nama, selepas 10 hari disahkan positif Covid-19 dan sebelum itu sudah mengasingkan diri dalam pangsapuri Number 11 Downing Street. Beliau menerusi perkongsian video dalam laman Twitter Jumaat lalu mendakwa dirinya masih demam panas.

BACA >>> Covid-19: PM Britain Umum Perketat Perintah Berkurung, Suruh Duduk Rumah 3 Minggu!

Walaupun sakit, beliau masih kekal menerajui pentadbiran Kerajaan Britain yang sedang berusaha keras menangani krisis penularan wabak Covid-19 dengan jumlah kematian mencecah 4,934 orang semalam. Jurucakap Downing Street berkata:

Atas nasihat doktor, Perdana Menteri malam ini (semalam) dimasukkan ke hospital untuk ujian.

"Ini langkah berjaga-jaga ketika Perdana Menteri masih mempunyai simptom berulang-ulang Covid-19 selepas 10 hari didapati positif virus itu."

Johnson menunjukkan simptom berterusan Covid-19 seperti batuk dan demam panas. Malah, tunangnya yang sarat hamil, Carrie Symonds juga dikuarantinkan dalam pangsapuri sendiri di London apabila turut menunjukkan simptom dijangkiti wabak berkenaan.

Another quick update from me on our campaign against #coronavirus.

You are saving lives by staying at home, so I urge you to stick with it this weekend, even if we do have some fine weather.#StayHomeSaveLives pic.twitter.com/4GHmJhxXQ0

— Boris Johnson #StayHomeSaveLives (@BorisJohnson) April 3, 2020

SUMBER: DailyMail

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Boris Johnson, Carrie Symonds, Covid-19, Perdana Menteri Britain, PM Britain Positif Covid-19, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my