Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PLUS Jangka Trafik Cecah 2.2 Juta Kenderaan Sempena Tahun Baharu Cina 2026
Auto Terkini

PLUS Jangka Trafik Cecah 2.2 Juta Kenderaan Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam10/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersedia hadapi lonjakan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di rangkaian lebuh rayanya sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2026. Jumlah ini mencatatkan peningkatan hampir 16 peratus berbanding hari biasa, sekali gus menjadikan tempoh perayaan ini antara paling sibuk di Lebuhraya Utara-Selatan.

Hari-hari puncak dijangka berlaku pada 12, 13 dan 14 Februari 2026 bagi aliran keluar dari Lembah Klang, manakala 20, 21 dan 22 Februari 2026 pula dijangka menjadi waktu puncak bagi trafik kembali ke ibu kota. Pengguna lebuh raya disarankan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan teruk.

Tiga Strategi Utama PLUS Urus Lonjakan Trafik Perayaan

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, PLUS menggunakan tiga pendekatan strategik utama iaitu pengurusan trafik dan insiden yang lebih efisien, pengagihan trafik yang lebih teratur serta peningkatan keselesaan pengguna sepanjang musim perayaan ini.

Pendekatan tersebut selari dengan komitmen PLUS untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat, lancar dan selesa kepada kira-kira 2.2 juta pengguna lebuh raya. Kenyataan ini dibuat semasa sesi penutup program Jelajah Bersama Media yang diadakan di beberapa lokasi terpilih di Lebuhraya Utara-Selatan.

Penambahbaikan R&R dan Kemudahan Awam Terus Dipertingkat

PLUS terus komited meningkatkan keselesaan pengguna menerusi penambahbaikan kemudahan awam di lebih 60 lokasi R&R, hentian sebelah dan plaza tol sejak 2023. Antara yang sedang dibina ialah surau baharu di Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara), Sungai Bakap (Kedua-dua Arah) dan Juru (Arah Utara) yang dijangka siap pada suku ketiga tahun ini.

Selain itu, kerja naik taraf menyeluruh di Hentian Sebelah Pedas Linggi (Arah Utara) dan Bukit Gantang (Arah Selatan) dijadualkan bermula pertengahan tahun ini, melibatkan kemudahan awam serta susun atur kawasan rehat bagi keselesaan pengguna.

Naik Taraf Tandas, Parkir dan Tandas Kabin Tambahan

Sebagai sebahagian usaha berterusan meningkatkan pengalaman pengguna, PLUS telah menyiapkan penambahbaikan tandas awam di lapan lokasi pada Disember 2025, termasuk R&R Mambau, R&R Pagoh, Hentian Sebelah Yong Peng, Hentian Sebelah Kulai serta beberapa plaza tol terpilih.

Penambahbaikan tandas di 11 lokasi lain pula sedang berjalan dan dijangka siap secara berperingkat pada suku kedua dan ketiga tahun ini. Bagi musim perayaan kali ini, PLUS turut menambah 26 unit tandas kabin di hentian sebelah dan plaza tol terpilih selain menaik taraf tempat letak kenderaan di enam lokasi utama.

Smart Lane Diaktifkan Di 32 Lokasi Tumpuan Trafik

Bagi melancarkan pergerakan trafik sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina, PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 32 lokasi tumpuan trafik di sepanjang lebuh raya. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan kesesakan di kawasan kritikal terutamanya ketika waktu puncak.

Pengguna lebuh raya diingatkan supaya mematuhi arahan lalu lintas dan hanya menggunakan lorong kecemasan di lokasi yang telah diaktifkan sebagai Smart Lane. Pemanduan berhemah amat penting bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pengguna.

MyPLUS-TTA Bantu Rancang Perjalanan Lebih Lancar

PLUS turut menggalakkan pengguna merancang perjalanan lebih awal menerusi jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA yang boleh diakses melalui aplikasi PLUS. Pengguna boleh memilih waktu perjalanan paling optimum di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bagi tempoh 11 hingga 22 Februari 2026.

Berdasarkan data pola perjalanan Tahun Baharu Cina tahun lalu, pengguna yang tidak mengikuti cadangan MyPLUS-TTA berisiko mengalami tempoh perjalanan lebih panjang bergantung kepada keadaan trafik dan insiden semasa. Oleh itu, orang ramai disaran menyusun perjalanan keluar dan balik ke Lembah Klang mengikut waktu yang dicadangkan.

Info Trafik Masa Nyata dan Bantuan Kecemasan

Untuk maklumat trafik terkini, pengguna boleh mendapatkan kemas kini menerusi aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, akaun X @plustrafik, paparan mesej elektronik (VMS) serta siaran radio utama negara. Aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps juga digalakkan digunakan.

Sekiranya berlaku kecemasan, pengguna boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 atau LPT2Line di 1800-88-0220 untuk mendapatkan bantuan segera sepanjang musim perayaan ini.

Aliran Trafik Auto Terkini Hentian Sebelah PLUS HIghway RnR Tahun Baru Cina 2026
Shazwan Hisam

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Dari Sir Jony Ive, Bekas Apple

10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

‘Gong Xi Eid Bersama EON’ Tawar Diskaun hingga RM58k, Tempahan Serendah RM88

09/02/2026
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Auto Terkini

Shell Malaysia Sambut Ulang Tahun ke-135, Tawar Hadiah Bernilai RM1.35 Juta

09/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Dongfeng 007, Dongfeng VIGO Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM100k!

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.