Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Pirelli Bikin Tayar Edisi Warna dan Tayar Pintar, Sasar Pemilik Kereta Mewah
Aksesori

Pirelli Bikin Tayar Edisi Warna dan Tayar Pintar, Sasar Pemilik Kereta Mewah

Han OthmanBy Han Othman15/03/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN lagi di litar lumba, Pirelli bakal memperkenalkan tayar pintar yang mampu memberikan maklum balas mengenai pelbagai karakteristik tayar kereta anda seperti tanda-tanda bunga haus, tekanan udara semasa dan beberapa aspek lain yang ada kaitan dengan prestasi komponen tersebut.

Dibangunkan bersama sistem dipanggil Connesso, tayar baharu Pirelli itu akan berada di pasaran bermula Jun ini yang membabitkan siri tayar Pirelli P Zero dan Pirelli Winter Sottozero.

APAKAH TAYAR PINTAR?

Setiap tayar memiliki cip kecil tertanam dalam dinding tepi tayar yang hanya seberat beberapa gram tanpa mengganggu keseimbangan tayar. Cip berkenaan akan disambungkan kepada perisian cloud Pirelli dan aplikasi dalam telefon pintar pemandu. Kemudian, sistem Connesso akan bertindak mengenal pasti setiap kod tayar dan mengesan bilakah tarikh tayar itu dikeluarkan hingga dikitar semula pada penghujung kitaran hayat produk itu.

Cip tersebut juga mampu mengukur tekanan angin, suhu, beban vertikal, kehausan, dan jumlah kilometer pemanduan setiap tayar. Menurut Pirelli, versi masa depan tayar ini berupaya menganggarkan baki hayat tayar dan berfungsi sebagai tolok tekanan tayar kawalan jauh apabila tayar pancit.

INTERAKSI MENERUSI TELEFON PINTAR

Versi tayar sedia ada kini juga mampu memberikan amaran awal kepada pemandu menerusi aplikasi telefon pintar sekiranya sensor tayar mengesan terdapat penurunan tekanan angin melampau pada satu ataupun lebih tayar, ataupun jika tayar mencapai had haus tertentu yang perlu ditukar. Malah, sistem Connesso akan memberikan maklumat tentang lokasi bengkel-bengkel tayar Pirelli terdekat dan pemandu boleh terus saja membuat janji temu dan menempah tayar baharu.

Bukan itu sahaja, versi sistem Connesso masa depan bakal mempunyai memori untuk mengingatkan pemandu tentang acara sukan permotoran di kawasan terdekat, termasuk menyediakan ruang untuk pemandu menulis reviu tentang pengedar tayar dan membaca ulasan pemandu lain.

DIJUAL SECARA AFTERMARKET

Versi pertama Connesso akan menumpukan kepada jualan pasaran luar atau aftermarket. Pirelli setakat ini belum merancang untuk berkolaborasi dengan mana-mana pengeluar untuk menjadikan tayar pintar itu sebagai komponen standard. Jadi pelanggan boleh mendapatkan tayar ini sebagai ganti kepada tayar kereta sedia ada, tetapi bagi model mewah sahaja. Sebagai permulaan, ia ditawarkan bagi rim bersaiz 19-inci atau lebih besar.

Pirelli tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan pengeluar untuk memasang tayar baharu tersebut sebagai komponen standard dengan menggabungkan sistem Connesso dengan komputer kereta.

TAYAR BERWARNA

Sebagai tambahan, Pirelli memperkenalkan tayar berwarna yang ditawarkan dalam empat warna asas, iaitu merah, kuning, perak dan putih. Seperti gambar di atas, tayar berwarna bukanlah bermaksud keseluruhan tayar diwarnakan. Sebaliknya cuma teks dan strip pada dinding sisi tayar.

Penampilan gaya baharu itu diilhamkan daripada jentera Formula Satu (F1) yang mula mewarnakan tayar masing-masing sejak 2011. Pirelli membangunkan material khas yang mampu mengekalkan warna pada tayar tanpa pudar disebabkan masa dan penggunaan, serta pada masa sama mampu beraksi baik.

BUKAN YANG PERTAMA

Pirelli bukan satu-satunya pengeluar tayar yang mengeluarkan produk tayar berwarna. Warna asal tayar kereta sendiri ialah putih sebelum dihitamkan, manakala BFGoodrich ialah pengeluar tayar pertama meletakkan warna pada tayar, tetapi bukan pada dinding sisi, sebaliknya bunga tayar.

Bagaimanapun, pengeluaran tayar itu dihentikan selepas banyak kumpulan samseng di California menggunakan idea tayar berwarna itu untuk menanda kawasan jajahan mereka.

Tayar baharu Pirelli ini pula disasarkan kepada kereta-kereta premium, di mana kedua-dua model tayar – P Zero dan Winter Sottozero – ditawarkan dalam edisi berwarna. Kini, anda bukan saja dapat membeli tayar berwarna, tetapi juga boleh memilih produk sama yang dimuatkan ciri tayar pintar.

Sama seperti tayar Connesso, tayar edisi warna hanya ditawarkan bagi rim 19-inci atau lebih besar. Setakat ini, kereta yang menjadi model dipasangkan tayar tersebut ialah Lamborghini, McLaren, dan Pagani. Menurut Pirelli, tayar sama juga boleh digunakan untuk model-model mewah lain seperti Aston Martin, Bentley, Ferrari, dan Porsche serta beberapa model premium lain menjelang pelancaran produk itu kelak.

Harga masih belum didedahkan bagi tayar berwarna atau Connesso, tetapi memandangkan kedua-dua tayar itu dibikin khas untuk kereta-kereta premium, faham-faham sajalah. 🙂

SUMBER: Fox News

aksesori Pirelli Pirelli P Zero Pirelli Winter Sottozero Tayar tayar kereta tayar pintar tayar Pirelli Connesso tayar Pirelli edisi warna tayar warna
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

Castrol Malaysia Peluas Komitmen Cub Prix, Lancar Minyak Enjin Skuter POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

16/04/2026
Chery perkenal aplikasi Carlinko
Auto Terkini

Chery Malaysia Lancar Aplikasi Mobil ‘CarLinko’ untuk Pemilik PHEV Chery

09/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

09/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

10/04/2026

1 Comment

  1. joehaz on 16/03/2017 12:02

    perghhh mengancam betul tayar yg ada warna merah tu. tak payah susah2 nak warnakan sendiri.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.