• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PIAM: Dana Bantuan Banjir RM2.43j Habis Dituntut Pemilik Kenderaan

PIAM: Dana Bantuan Banjir RM2.43j Habis Dituntut Pemilik Kenderaan

December 29, 2021 By Wahid Leave a Comment

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDUSTRI insurans am menjangka bakal berdepan tuntutan RM2-RM3 bilion akibat bencana banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, baru-baru ini.

Persatuan Industri Am Malaysia (PIAM) berkata, anggaran tuntutan itu adalah termasuk daripada pihak persendirian dan perniagaan yang turut merangkumi kemungkinan banjir kilat yang bakal melanda beberapa minggu atau bulan lagi.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir
BACA >>> Bakar 3 Kereta termasuk Bentley, Nak Tuntut Insurans untuk Langsai Hutang Ah Long

PIAM turut menghulurkan bantuan RM2.43 juta kepada Dana Bantuan Banjir yang ditubuhkan sebagai inisiatif tanggungajawab sosial korporat (CSR) bagi membantu komuniti permotoran yang teruk terjejas. Inisiatif tersebut akan melebihi perjanjian sedia ada daripada penanggung insurans sejak banjir berlaku dengan mempercepatkan penyelesaian tuntutan, menyediakan langkah bantuan khas tambahan dan 'ad-hoc ex-gratia.'

Berikut bantuan CSR diberikan:

  • Subsidi kepada pembersihan kenderaan yang terjejas secara langsung akibat banjir dan yang berada di bengkel dalam keadaan belum dibaik pulih.
  • Subsidi diberikan sekali sahaja, RM500 untuk kereta atau kenderaan perdagangan, dan RM100 untuk motosikal.
  • Pihak yang hendak menuntut subsidi itu hendaklah mengemukakan bukti kerosakan akibat banjir dan bukti perlindungan insurans.
  • Kenderaan wajib diinsuranskan pada masa ini (layak untuk sebarang jenis polisi motor yang ada atau tiada perlindungan banjir) atau kenderaan yang kali terakhir diinsuranskan pada 1 Jun 2021.

Bagaimanapun, jumlah RM2.43 juta itu sudahpun habis digunakan. Justeru PIAM mengalu-alukan sumbangan pihak atau industri lain kepada Dana Bantuan Banjir bagi membantu lebih ramai pemilik kenderaan terjejas.

BACA >>> Liberty Mutual Mahu Ambil Alih AmGeneral, Jadi Syarikat Insurans Motor Terbesar

SUMBER: BeritaHarian

Related

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CSR, Dana Bantuan Banjir, Persatuan Industri Am Malaysia (PIAM), PIAM, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev