Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Peugeot 408 Versi CKD Lancar dengan 3 Varian, Harga Mula RM146k!
Auto Terkini

Peugeot 408 Versi CKD Lancar dengan 3 Varian, Harga Mula RM146k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STELLANTIS Malaysia melancarkan model Peugeot 408 ke pasaran tempatan yang dilihat menawarkan pilihan baharu kepada pengguna yang ingin memiliki kereta segmen C.

Peugeot 408 ialah model pertama diperkenalkan Stellantis Malaysia selepas firma itu mengambil alih semula jenama tersebut daripada pengedar terdahulu. Berikut ialah perinciannya:

MENGAPA PEUGEOT 408 PENTING?

Peugeot 408 GT
  • 408 ialah model yang menggalas tugas mengumumkan kelahiran semula jenama Peugeot di Malaysia dengan mengetengahkan gabungan tiga nilai utama iaitu Memikat (Allure), Emosi (Emotion) dan Kecemerlangan (Excellence).

VARIAN

  • Peugeot 408 didatangkan dengan tiga varian piliha iaitu Allure, Premium dan GT.

HARGA

  • GT: RM196,055
  • Premium: RM166,055
  • Allure: RM146,055

TRENKUASA

  • Semua varian menggunakan enjin PureTech turbo 1.6 liter mampu mengekstrak 218hp pada 5,750rpm dan tork 300Nm pada 2,000rpm. Pecutan ke 100kmj cuma 8.8 saat.
  • Transmisi jenis automatik EAT8 8-kelajuan pintar.

WARNA

Pilihan warna disediakan mengikut varian adalah seperti berikut:

  • Allure: Perla Nera Black (hitam), Okenite White (putih), Artense Grey (kelabu)
  • Premium: hitam, putih, kelabu dan Obsession Blue (biru)
  • GT: hitam, putih dan biru

PERINCIAN

  • Lampu depan dan belakang jenis LED penuh untuk Allure dan Premium.
  • GT menerima sistem pencahayaan Matrix LED dengan suluhan automatik lampu tinggi (depan) dan rekaan lampu belakang 3D Claw Effect.
  • Rim aloi:
    • Allure: Granite Grey (kelabu lembut) 18 inci
    • Premium: Granite Black (kelabu gelap) 18 inci
    •  GT: Monolithe Black (hitam) 20 inci
  • Gril Allure dan Premium berwarna krom manakala GT mengikut warna badan.
  • Varian GT didatangkan dengan spoiler bumbung matahari.
  • Tombol kawalan gear utama ditetapkan menerusi tuil gear pandu (D), undur (R) dan neutral (N).
  • Butang parking (P) elektronik pula diposisikan secara berasingan.
  • Ada tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal atau Sport.
  • Papan pemuka dengan Sistem PEUGEOT i-Cockpit iaitu semua corong pengudaraan diposisikan pada tahap optimal untuk menambah baik aspek keselesaan suhu kepada semua penumpang.
  • Kluster instrumen digital 10 inci dengan teknologi 3D. Pembeli varian GT boleh mengubah tetapan paparan kenderaan mereka.
  • Konsol tengah minimalis untuk paparan lebih dinamik dan kemas, dilengkapi pengecas telefon tanpa wayar dan dua soket USB-C.
  • Konsol tengah dilengkapi skrin 10 inci ke arah pemandu dengan ciri i-Toggles yang boleh ubah atau disusun di bawah satu baris skrin.
  • i-Toggles membolehkan pengguna mudah akses kepada fungsi kawalan suhu, radio, navigasi dan lain-lain.
  • Sistem infotainmen PEUGEOT i-Connect menawarkan pelbagai tetapan boleh ubah sehingga lapan profail pemandu berbeza.
  • Tempat duduk pemandu ergonomik dengan 10 tetapan penyelarasan elektrik dan dua tetapan memori untuk GT dan Premium.
  • Penyelarasan kerusi Allure pula jenis manual.
  • Kerusi penumpang hadapan ada enam pilihan tetapan (ikut varian).
  • Kedua-dua tempat duduk barisan depan ada ciri urutan dengan lima program pilihan dan ciri pemanas (ikut varian).
  • Tempat duduk varian GT mendapat balutan kulit Dynamic Black Nappa, Allure (vinly) dan Premium (kulit penuh).
  • Tayar ganti hadir untuk varian Allure dan Premium manakala GT didatangkan dengan kit tayar.
  • Hanya varian GT dilengkapi sistem pembersihan udara kabin.
  • Kerusi barisan belakang boleh rebah 60/40.
  • Kapasiti ruang kabin ialah 536 liter dan boleh ditingkatkan kepada 1,583 liter (GT) dan 1,611 liter (varian lain) selepas rebahkan tempat duduk belakang.

KESELAMATAN

  • Setiap varian dilengkapi dengan enam beg udara, bantuan lampu tinggi, Program Kestabilan Elektronik (EPS) dengan Bantuan Bukit (Hill Assist), perlindungan pejalan kaki Active Hood dan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS).
  • Varian GT mendapat kamera 360º manakala dua lagi varian dilengkapi kamera belakang 180º.
  • Premium dan GT dipasang sensor bantuan parkir di hadapan dan belakang (Allure cuma sensor parkir belakang).
  • Teknologi Pengecaman Papan Tanda Jalan diberikan untuk semua varian (GT dan Premium menerima versi Advance).
  • Kawalan jelajah untuk Allure dan dua varian lain menerima versi Adaptif Termaju.
  • Ciri Pembrekan Kecemasan Berautomoni ada pada setiap varian (GT dan Premium terima versi Termaju).
  • GT dan Premium dilengkapi ciri lain termasuk Amaran Perlanggaran Depan, Pengesan Titik Buka dan Amaran Trafik Lintasan Belakang.
autoterkini Peugeot 408 Roda4 sedan fastback CKD Stellantis Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.