• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petronas Taja Pasukan TVS Racing untuk Sertai Kejuaraan Lumba Motosikal Seluruh India

Petronas Taja Pasukan TVS Racing untuk Sertai Kejuaraan Lumba Motosikal Seluruh India

April 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRONAS menjadi rakan kongsi utama TVS Racing, iaitu pasukan lumba pengilang (factory) pertama India. Malah nama pasukan juga diubah kepada Petronas TVS Racing Team.

Kerjasama itu melibatkan perjanjian antara pengeluar motosikal India, TVS Motor Company dan Petronas. Nampaknya, gergasi minyak Malaysia masih berminat mencebur diri dalam sukan permotoran antarabangsa.

Kerjasama tersebut juga menyaksikan jentera lumba pasukan itu diberikan seragam baharu bermula musim ini. Petronas akan bertanggungjawab membekalkan minyak enjin prestasi tinggi 'Petronas Sprinta' kepada pasukan lumba.

BACA >>> Superbike Petronas FP1 Dilelong, Harga Bida Kini Cecah RM117k!

Pasukan dijenamakan semula itu akan mengambil bahagian dalam semua format perlumbaan seluruh India, seperti litar jalan raya, supercross dan rali.

Antara saingan bakal dimasuki ialah Kejuaraan Lumba Motosikal Kebangsaan India (INMRC), Kejuaraan Supercross Kebangsaan India (INSC) dan Kejuaraan Rali Kebangsaan India (INRC).

TVS Motor menyatakan rasa gembira dapat berkolaborasi dengan Petronas dan yakin kerjasama tersebut mampu menguatkan imej sukan permotoran India.

Selain itu, kedua-dua pihak juga menjalinkan kerjasama strategik untuk membangunkan jenama minyak bersama, dipanggil PETRONAS TVS TRU4 RacePro yang akan ditawarkan ke pasaran India bermula bulan depan.

BACA >>> SIC Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2024, Petronas Jadi Penaja Utama GP Malaysia
BACA >>> TVS Bakal Tubuh Anak Syarikat Baharu Urus Semua Produk EV Masa Depan

SUMBER: AutoHT | BikeWale

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kejohanan Lumba Motosikal Kebangsaan India (INMRC), Kejohanan Rali Kebangsaan India (INRC), Kejohanan Supercross Kebangsaan India (INSC), Petronas, Petronas Sprinta, Petronas TVS Racing Team, PETRONAS TVS TRU4 RacePro, TVS Motor Company

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my