Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Perodua Traz 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM76.1k!
Roda4

Perodua Traz 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM76.1k!

SyafieBy Syafie18/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Perodua Traz 2026 rasmi lancar di Malaysia

PERODUA menutup tirai 2025 dengan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) serba baharu, dikenali sebagai Perodua Traz 2026, iaitu yang direka khusus untuk kegunaan bandar serta memenuhi keperluan keluarga moden.

SUV kompak 5-kerusi terbaharu itu dibangunkan berteraskan falsafah ‘Engineered Simply’, menjadikan Traz sebagai SUV paling mesra pengguna dalam barisan model Perodua, yang dibentuk berdasarkan corak pemanduan dan gaya hidup rakyat Malaysia.

Harga, Sasaran Jualan

Perodua Traz 2026 rasmi lancar di Malaysia

Perodua Traz 2026 ditawarkan pada harga antara RM76,100 hingga RM82,000 atas jalan tanpa insurans, bergantung varian.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, SUV subkompak itu dijangka melengkapi penawaran sedia ada seperti Aruz dan Ativa, sekali gus mengukuhkan kehadiran Perodua dalam segmen SUV.

Kami percaya model ini mempunyai pasaran yang tersendiri dan menyasarkan jualan sekitar 1,900 unit sebulan,” katanya.

Pelaburan, Pengeluaran Tempatan

Perodua Traz 2026 dibangunkan dengan kos projek sekitar RM563.3 juta dan dikeluarkan di kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Sungai Choh, Rawang.

Menariknya, SUV itu mempunyai 95 peratus kandungan tempatan, sekali gus menyokong ekosistem automotif negara. Perodua turut menjangka Traz akan memberi kesan positif kepada jumlah pendaftaran kenderaan pengeluar itu bagi 2026 dan seterusnya.

Penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula secepat mungkin di Semenanjung Malaysia, dan orang ramai digalakkan mengunjungi bilik pameran Perodua untuk pandu uji dan membuat tempahan.

Enjin, Kecekapan Bahan Api

Perodua Traz 2026 dikuasakan enjin:

  • 4-silinder 1.5 L DOHC DVVT
  • Output kuasa 78kW (106ps) @ 6,000rpm, dan tork 138Nm @ 4,200rpm
  • Transmisi automatik D-CVT

Dari segi kecekapan, Traz mencatat penggunaan bahan api 21.3km per liter, berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC), yan menjadikan model itu antara SUV paling jimat dalam kelas.

Rekabentuk Luaran: SUV Gaya Urban

Dari segi rekabentuk, Perodua Traz 2026 menampilkan gaya SUV segmen-B moden kemas dan agresif, yang sesuai untuk pemanduan bandar atau perjalanan hujung minggu.

Antara ciri utama luaran adalah:

  • Rim aloi 17 inci
  • Skirt sisi untuk penampilan lebih sporty
  • Lampu LED penuh pada lampu depan dengan fungsi lampu susur Follow Me Home, lampu signal belok,  lampu belakang, dan lampu kabus (varian H)
  • Cermin sisi boleh lipat automatik dengan lampu aluan Welcome Lamp (varian H)

Kabin: Ringkas, Kemas dan Praktikal

Masuk ke ruang dalaman, Perodua Traz 2026 mengangkat konsep ‘Trendy and Sleek Interior‘, dengan susun atur papan pemuka ringkas dan mesra pengguna.

Antara ciri dalaman utama adalah:

  • Unit infotainme 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay
  • Stereng boleh laras condong dan teleskopik
  • Kluster instrumen TFT 4.2 inci
  • Penyaman udara digital (Auto untuk varian H)
Perodua Traz X 2026
  • Corong penyaman udara belakang
  • Port USB Type-A dan Type-C (depan dan belakang)

Kemasan dalaman varian H dipertingkat dengan:

  • Stereng dan tombol gear kemasan kulit
  • Kerusi fabrik grafik penuh
  • Sistem audio enam pembesar suara termasuk twiter

Praktikaliti, Ciri Mesra Pengguna

Sebagai SUV famili, Perodua Traz 2026 menitikberatkan aspek praktikaliti dengan:

  • Perehat tangan kerusi belakang
  • Penutup ruang but jenis boleh tarik (retractable tonneau cover)
  • Ruang but 471 liter
  • Pintu but elektrik dengan sensor tendang (kick sensor), varian H

Ciri pintu but kuasa itu sangat berguna ketika membawa barangan, kerana dapat dibuka tanpa perlu menggunakan tangan

Keselamatan: 5-Bintang ASEAN NCAP

Perodua Traz 2026 dilengkapi pakej bantuan pemandu termaju Perodua Smart Drive Assist (PSDA) dan mencapai rating 5-bintang ASEAN NCAP.

Keselamatan Aktif

Bantuan Keselamatan Aktif  (ASA)

  • Amaran Perlanggaran
  • Brek Pra-Perlanggaran (PCB) (kenderaan dan pejalan kaki)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Kawalan Salah Operasi Pedal

Bantuan Pemanduan (DA)

  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)

Bantuan Parkir (PA)

  • Sensor sudut depan dan belakang
  • Kamera undur
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Kamera pandangan keliling 360º (varian H)

Keselamatan Pasif

  • 6 beg udara
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Sistem Pegun Bukit (HHS)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX

Varian, Perbezaan Utama

Varian X

  • Kamera undur
  • Penyaman udara digital
  • Kerusi fabrik semi grafik
  • Sistem audio empat pembesar suara

Varian H

  • Kamera 360º
  • Penyaman udara automatik
  • Kerusi fabrik grafik penuh
  • Pintu but elektrik dengan sensor tendang
  • Penghidup pintar dengan sensor pintu
  • Perakam video digital (DVR),  twiter dan lampu aluan

Pilihan Warna

Perodua Traz 2026 ditawarkan dalam pilihan warna:

  • Cranberry Red (merah)
  • Electric Blue with Black Roof (biru)
  • Glittering Silver (perak)
  • Granite Grey (kelabu)
  • Ivory White  (putih)

SUV Paling Sempurna Seisi Keluarga

Sebagai SUV terbaharu Perodua, Traz 2026 tampil sebagai pakej lengkap yang menggabungkan rekabentuk moden, ciri keselamatan tinggi, kecekapan bahan api dan praktikaliti harian.

Pada harga bermula RM76,100, model segmen-B itu jelas disasarkan kepada pembeli yang mahukan SUV mudah dipandu, jimat dan sarat teknologi, sama ada untuk kegunaan bandar atau keluarga.

Perodua Traz (Varian X)
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz X 2026
Perodua Traz (Varian H)
Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Perodua Perodua Traz Roda4 SUV Perodua SUV segmen-B SUV subkompak
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.