
RAMAI pemilik kereta moden masih keliru dengan fungsi butan tekan mula (push start button), sama ada perlu menekan butang lebih daripada sekali untuk menghidupkan enjin.
Terbaharu, Perodua tampil menjelaskan, untuk menghidupkan enjin, cukup tekan sekali saja, bukan dua atau tiga kali.
Cara Betul Hidupkan Enjin Push Start
Perodua turut berkongsi langkah yang betul, iaitu:
- Tekan pedal brek
- Tekan butang ‘Engine Start/Stop’ sekali
- Enjin terus hidup
Ya, tidak perlu tekan berulang kali.
Jika ditekan tanpa menekan brek, sistem hanya akan mengaktifkan mod aksesori (ACC) atau sistem elektrik kenderaan, dan bukan menghidupkan enjin.
Kenapa Ramai Tekan Lebih Sekali?

Kebiasaan sistem kunci konvensional menyebabkan ada pemandu menekan butang beberapa kali kerana menyangka butang tekan mula juga perlu melalui beberapa fasa seperti ON sebelum enjin hidup.
Faktanya, sistem pintar kenderaan moden hari ini sudah direka supaya lebih mudah dan pantas – sekali tekan dengan brek ditekan sudah memadai.
Elak Salah Faham, Elak Rosakq
Walaupun menekan berulang kali tidak semestinya merosakkan sistem, amalan itu tidak diperlukan dan boleh menyebabkan kekeliruan pada paparan meter atau mod sistem kenderaan.
Jadi, lepas ini tak perlu tekan dua atau tiga kali.
- Tekan brek
- Tekan sekali
- Jalan.
Ringkas dan mudah saja.







