Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lori Lenyek Myvi di MRR2, Pemandu Cuma Patah Tangan
Auto Terkini

Lori Lenyek Myvi di MRR2, Pemandu Cuma Patah Tangan

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize11/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERPANTANG maut sebelum ajal! Seorang pemandu Perodua Myvi terselamat daripada maut walaupun sebahagian kereta dipandunya remuk teruk digilis lori dalam nahas di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tengah hari semalam (10 April).

Dalam insiden kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari arah Sungai Besi menuju Sri Petaling.

Jurucakap bomba berkata, dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Sungai Besi dan Bandar Tun Razak serta sebuah ambulans dikejarkan ke lokasi sebaik saja menerima maklumat.

Seramai 15 pegawai dan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu membawa keluar mangsa seorang lelaki yang tersepit di bahagian pemandu. Pihak bomba mengambil masa hampir 15 minit bagi membawa keluar mangsa yang tersepit sebelum dia berjaya dibawa keluar pada jam 1.15 tengah hari,” katanya.

Mangsa patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut. Insiden kemalangan itu turut tular di media sosial, dipercayai dirakam pengguna jalan raya dari kedua-dua hala MRR2.

Dalam salah satu foto tular, Myvi dipandu mangsa tersepit antara dua lori di bawah satu jejambat dekat susur masuk ke Pekan Sungai Besi.

Kemalangan turut menyebabkan kesesakan teruk selama hampir sejam akibat kemalangan tersebut.

BACA >>> Pelanggan Tempah Perodua Myvi Ubah Fikiran Pilih Beli Axia (2023)
BACA >>> Karamjit Singh Tinggalkan Proton, Pilih Perodua Myvi 2.0L Turbo, 4WD

SUMBER: BHarian

Auto Terkini digilis lori Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur kemalangan Perodua Myvi
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.