• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Karamjit Singh Tinggalkan Proton, Pilih Perodua Myvi 2.0L Turbo, 4WD

Karamjit Singh Tinggalkan Proton, Pilih Perodua Myvi 2.0L Turbo, 4WD

January 16, 2023 By Sharil Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LAGENDA rali Malaysia, Karamjit Singh mengucapkan selamat tinggal kepada jenama kesayangan, Proton dan memilih Perodua Myvi sebagai kereta pilihan bagi mengharungi saingan perlumbaan musim ini.

Keputusan ini terpaksa dibuat pelumba berusia 60 tahun itu selepas tidak mendapat sokongan daripada pengeluar nasional itu.

BACA >>> Legenda Rali, Karamjit Singh Jual Proton Waja RM7.5k, Nak Beli Kereta Baharu untuk Buat Grab
BACA >>> Kereta Rali Karamjit Singh, Model Konsep Proton Mahu Dilelong Khamis Ini

Beliau berkata tidak lagi berlumba menggunakan Proton Gen2 berusia 16 tahun yang dibelinya sejak 2017 walaupun sudah membelanjakan lebih RM500,000 duit simpanan untuk tujuan pengubahsuaian.

Karamjit pada Majlis Penyampaian Trofi Kejuaraan Rali Kebangsaan Malaysia berkata;

Saya sebenarnya rasa sayang nak bertukar kerana saya peminat Proton sejak 1988, tapi apa boleh buat dia (Proton) memang tak ada bagi sokongan, jadi terpaksa tukar."

Karamjit bakal mempertahankan gelaran juara kebangsaan pada kejuaraan yang dijadual bermula Jun depan, selain bersaing dalam Kejuaraan Rali Indonesia, termasuk merancang berentap dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC).

Menurut Karamjit, Perodua Myvi pilihannya itu perlu menjalani pengubahsuaian yang menelan belanja antara RM500,000-RM800,000 mengikut spesifikasi perlumbaan antarabangsa.

Perodua Myvi itu bakal diubah suai menjadi lebih baik dengan enjin 2.0L turbo dan dalam sistem pacuan empat roda (4WD).

Disebabkan kos modifikasi tinggi, juara kebangsaan 17 kali dan APRC tujuh kali itu mengharapkan ada pihak sama ada Kerajaan atau korporat sudi tampil memberi bantuan.

Mengenai Proton Gen2 miliknya, sedan itu akan disewa kepada pelumba lain untuk digunakan dalam sebarang perlumbaan kerana kereta itu masih dalam kondisi baik.

Kereta ini dah tunjuk prestasinya apabila tahun lepas kita menang banyak perlumbaan di Indonesia dan Malaysia, kiranya saya nak sewa supaya dapat balik sedikit wang yang dibelanjakan, kalau nak jual (sekarang) memang sayang sebab dah belanja banyak selain nilai pasaran rendah,” katanya.

Sebagai rekod, Karamjit pernah memandu pelbagai model Proton seperti Saga (1988-1992), Iswara (1993-1994), Wira (1995-1999 dan 2006-2007), PERT (2000-2005), Satria Neo (2011-2015) dan Gen2 (2017-tahun lalu).

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Memang Ada Stail!!!
BACA >>> Ikon Rali Ken Block Maut Kemalangan Kereta Salji

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 4WD, Karamjit Singh, Myvi GT, Perodua, Perodua Myvi, Proton, Proton Gen2, rali, turbo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my