Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2 Penuh Dramatik – Diana Danielle Juara Kategori Promotional
Auto Terkini

Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2 Penuh Dramatik – Diana Danielle Juara Kategori Promotional

Abang GYLBy Abang GYL04/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2PERLUMBAAN Toyota GAZOO Racing (TGR) musim kedua kini kembali. Pusingan pertama TGR sudahpun berlangsung di litar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dengan menyaksikan perlumbaan yang sengit dan dramatik di kalangan pelumba.

Sama seperti musim lalu, kesemua pelumba menggunakan Toyota Vios sebagai jentera perlumbaan dan ia dibahagikan dalam tiga kategori iaitu Sporting (pelumba semi-profesional), Super Sporting (profesional) dan Promotional (selebriti).

Hari pertama perlumbaan di litar sepanjang 1.65km itu menyaksikan pelbagai adegan mengejutkan daripada kalangan pelumba yang teruja memandu jentera masing-masing.

Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2DIANA MUNCUL JUARA

Buat pertama kalinya, Diana Danielle membuka tirai TGR musim ke-2 dengan baik apabila merangkul juara dan berjaya meninggalkan pencabarnya, Akim Ahmad yang hanya ketinggalan 2.4 saat. Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Janna Nick, sekaligus merebut podium pertama selepas gagal pada perlumbaan TGR pada musim lalu.

Walaupun terpaksa bersaing hebat dengan pelumba lain, Diana dengan tenang berjaya menghabiskan 20 pusingan dengan catatan masa keseluruhan 30 minit 35 saat.

Selain mereka bertiga, antara selebriti yang turut mengambil bahagian bagi kategori Promotional TGR musim ke-2 ialah;

  • Aiman Tino
  • Khai Bahar
  • Nabila Razali
  • Wany Hasrita
  • Nabil Ahmad

Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2SHAWN LEE TERUS MENYERLAH

Juara keseluruhan bagi kategori Promotional musim lalu, Shawn Lee terus menyerlah apabila muncul juara bagi pusingan pertama dalam kategori Sporting. Susulan aksi hebat pada musim lalu, Shawn Lee kini beraksi dalam kategori Sporting bersama Shukri Yahaya.

Desakan demi desakan daripada pelumba lain langsung tidak memberi cabaran buat Shawn Lee apabila menang bergaya dengan meninggalkan pesaingnya, Brendon Lim yang ketinggalan 8.34 saat. Manakala tempat ketiga bagi kategori Sporting pula menjadi milik Kenneth Koh.

Bagaimanapun, Shukri Yahaya kurang bernasib baik dan menduduki kedudukan terakhir bagi perlumbaan pusingan pertama musim ini.

Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2SUPER SPORTING PALING MENDEBARKAN

Kategori paling dinanti ramai, Super Sporting menyajikan aksi mendebarkan apabila pelumba-pelumba profesional berentap sesama mereka bagi merebut kejuaraan. Desakan demi desakan diberikan langsung tidak menggentarkan William Ho untuk muncul juara dengan catatan masa 28 minit 22 saat.

Tempat kedua pula menjadi milik Boy Wong yang hanya ketinggalan 1.09 saat di belakang William.  Manakala tempat ketiga menjadi milik Kenny Lee.

BACA >>> Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Musim 2 Kembali!

MASUK PERCUMA

Perlumbaan pertama TGR musim ke-2 bakal berakhir pada 04 Ogos 2018. Bagi anda yang mahu berjumpa dengan artis kesayangan mahupun mendapatkan pelbagai promosi menarik dari Toyota, jangan lupa hadir ke litar Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Bayaran masuk ke Perlumbaan TGR adalah PERCUMA. Acara akan bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang. Sebarang maklumat terkini boleh layari laman web, Facebook atau Instagram, Toyota Malaysia.

KEPUTUSANToyota Gazoo Racing 2018 Kuala Terengganu Keputusan Toyota Gazoo Racing 2018 Kuala Terengganu Keputusan Toyota Gazoo Racing 2018 Kuala Terengganu

GALERI

Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2
Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2
Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2
Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2
toyota gazoo racing 2018
2018 Toyota gazoo racing artis berlumba toyota gazoo racing Artis Toyota Gazoo Racing festival Toyota Gazoo Racing jadual toyota gazoo racing Keputusan Toyota Gazoo Racing 2018 Kuala Terengganu Kuala terengganu litar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2 TGR musim ke-2 Toyota Gazoo Racing 2018 Toyota Gazoo Racing Malaysia Toyota Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.